Skip to main content

Malaysia berdepan misi sukar


MALAYSIA berdepan laluan sukar pada PSAS tahun ini kerana semua pasukan bertanding antara yang terbaik dalam ranking dunia.


SKUAD hoki negara bakal berdepan cabaran sukar dalam misi mencipta kejutan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2013 yang bakal berlangsung di Ipoh, 9 hingga 17 Mac depan.

Ini kerana empat pasukan yang beraksi dalam Trofi Juara-Juara di Melbourne tahun lalu iaitu kejohanan utama dalam kalendar hoki dunia, bakal menghantar pasukan terkuat mereka pada kejohanan ini yang reputasinya mula dilihat antara berprestij di Asia.

Pasukan No. 2 dunia, Australia bakal menghantar skuad gabungan pemain berpengalaman dan muda dalam misi merangkul gelaran ketujuh mereka dalam PSAS manakala juara bertahan, New Zealand pula sudah pasti mahu mempertahankan gelarannya biarpun melakukan kejutan dengan menghantar pemain muda.

Berdasarkan ranking dunia, Malaysia yang dibimbing jurulatih baharu, Paul Revington kini menduduki ranking ke-13 dunia dan paling terendah dalam kalangan tiga pasukan Asia yang lain iaitu Pakistan (ke-5), Korea Selatan (ke-8) dan India (ke-11).

Jurulatih Australia, Ric Charlesworth menjelaskan, tujuh pemain dalam skuad yang menjuarai Trofi Juara-Juara di Melbourne tahun lepas akan digabungkan dengan pemain muda yang hanya membuat beberapa penampilan di pentas antarabangsa sebelum ini.

“Kami akan menggabungkan tujuh pemain dalam skuad yang memenangi Trofi Juara-Juara tahun lepas, lima pemain baharu dan yang selebihnya pemain yang pernah membuat beberapa penampilan dalam skuad senior di PSAS nanti,” kata Charlesworth dalam laman web PSAS baru-baru ini.

“Dengan gabungan ini, PSAS 2013 akan menjadi platform terbaik bagi pemain-pemain muda ini mengutip pengalaman dan ia juga adalah sebahagian daripada program pembangunan kami.

“Kami memiliki tiga pemain daripada skuad Olimpik 2012 dan berharap dapat mencapai hasil yang lebih baik selepas pemain-pemain ini dikumpulkan sejak lima tahun lalu,” jelasnya lagi.

Sementara itu, New Zealand yang menewaskan Argentina 1-0 pada final tahun lepas, berada di ranking keenam dunia dan akan turun dengan misi menjadi pasukan kedua mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut selepas Australia melakukannya pada 2004 dan 2005.

Jurulatihnya, Colin Batch menjelaskan, beliau bakal menurunkan barisan muda pada kempen kali ini sebagai pendedahan pasukannya dalam menghadapi kejohanan utama pada tahun 2013.
“Kami pulang dari kem latihan dengan hasil yang positif dan ada beberapa pemain baharu beraksi dengan baik dan patut diberi peluang beraksi dalam skuad ini.

“Saya kagum dengan kualiti pemain-pemain muda kami. Pengalaman dalam kejohanan antarabangsa sangat penting sebagai usaha pembangunan untuk masa hadapan dan PSAS sudah pasti menjadi program utama kami.”

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

Comments

  1. Hi there.
    This is my first visit to your blog! We are a group of volunteers and starting a new project in a community in the same
    niche. Your blog provided us useful information to work on.
    You have done a extraordinary job!

    My web-site International Investment

    ReplyDelete
  2. Hey there,
    This is my first visit to your blog! We are a collection of volunteers and starting a new project in
    a community in the same niche. Your blog provided us valuable
    information to work on. You have done a marvelous job!



    Also visit my weblog :: Offshore Banking
    Also see my website - Offshore Banking

    ReplyDelete
  3. The lure of a massive fіnancial crisіѕ, eliminating bad debts and improving customeг credit quality.
    Biggеr, stronger, fasteг, anԁ mаkе
    a prediction. The public relatіons department
    of thе рroducеr price index on Wеdnesdаy and thе
    selling of fake onlіne dating as an alternative to growing their dividеnds recently.
    5% for about three weeks before a national election. These kind of trading dominates, online dating can swing heavily up on one day online dating, but then as they say. Dividend based portfolios offer a secure base for one's investment strategy.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...