Skip to main content

‘Chong Wei Bina Jaya persiapan hari tua saya’

Salam pertemuan buat peminat sukan tanah air. Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca Arena Metro bagaimana saya sebagai seorang atlet, perlu memandang jauh di masa depan jika tidak lagi bergelar pemain badminton.
Saya pasti ramai atlet yang melakukan persiapan sebelum tiba detik kejatuhan, namun ada juga atlet yang tidak bersedia.

Dalam keghairahan saya mencari kejayaan di pentas antarabangsa, saya tidak terlepas daripada memikirkan apa akan jadi kepada saya jika tidak lagi ‘cari makan’ dalam bidang ini.
Melihat kepada pengalaman atlet senior, saya berazam untuk menghadapi situasi zaman kejatuhan dengan persiapan yang rapi dan saya bersyukur apabila berjaya membina satu syarikat pembinaan, Chong Wei Bina Jaya.

Saya pasti tidak ramai yang tahu mengapa saya tiba-tiba membuka syarikat pembinaan ini.

Niat membuka Chong Wei Bina Jaya timbul disebabkan impian saya sendiri untuk memiliki rumah dan saya pasti setiap orang mahukan kediaman sendiri kerana rumah tempat paling bahagia bersama keluarga.

Jadi saya menceburkan diri dalam bidang ini dengan harapan dapat membantu masyarakat Malaysia memenuhi impian memiliki rumah idaman masing-masing.

Saya sendiri gemar luangkan banyak masa di rumah, apatah lagi selepas berkeluarga.
Namun sebenarnya apa juga perniagaan boleh dilakukan jika kita memiliki keazaman. Saya sendiri tidak memiliki pendidikan tinggi, tapi itu tidak mustahil.

Pokok pangkalnya, bukan hanya syarikat pembinaan yang boleh dilakukan, apa juga perniagaan boleh kita buat tetapi tidak boleh menunggu sehingga kita berada dalam zaman kejatuhan, bak kata pepatah Melayu ‘sediakan payung sebelum hujan’.

Saya juga berminat untuk menjalankan perniagaan berkaitan badminton tetapi saya belum tahu apa dan bagaimana.

Justeru, saya berharap pembaca Arena Metro sendiri menanam keazaman dan cuba memberanikan diri mengangkat kaki melangkah ke depan, kerana kita tidak tahu di mana letaknya titik kejayaan seseorang itu selagi kita sendiri tidak cuba membuka lembaran baru dalam kehidupan.


Lee Chong Wei - Arena, Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...