Skip to main content

CIMB sokong skuasy ke Olimpik

Sumbangan CIMB untuk pembangunan skuasy negara cukup besar hingga berjaya melahirkan ramai pemain remaja berkaliber di pentas dunia dan kini syarikat perbankan tempatan itu meneruskan sokongan dengan menyokong penuh badan induk skuasy dunia mempromosi sukan itu untuk disenaraikan sebagai salah satu acara Olimpik 2020.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkata, pihaknya teruja untuk melihat skuasy tersenarai di Olimpik kerana sukan itu sememangnya layak berada sebaris sukan lain, begitu juga dengan atlet skuasy seluruh dunia yang bekerja keras meletakkan sukan itu di tahap tertinggi.

“Kami menyokong bidaan skuasy ‘Back The Bid 2020’ dari segi kewangan, menyediakan video persembahan yang akan dipersembahkan di depan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di St Petersburg, Mei ini selain promosi lain,” kata Nazir pada sidang media di pejabatnya di Jalan Semantan, Kuala Lumpur semalam.

Begitupun jumlah wang yang dibelanjakan untuk urusan ‘Back The Bid 2020’ itu tidak dapat didedahkan beliau kerana promosi masih dijalankan.

Buat masa ini, skuasy bersaing dengan tujuh sukan lain untuk terpilih ke Olimpik 2020 iaitu gusti, besbol/sofbol, memanjat dinding, karate, sukan roler, wakeboard dan wushu.

Selepas persembahan di St Petersburg, tiga sukan akan disenarai pendek oleh Lembaga Eksekutif IOC sebelum undian terakhir dibuat di Buenos Aires, Argentina pada September bagi memilih hanya satu sukan yang akan disenaraikan, menggantikan gusti yang dibuang dari Rio 2016 selepas diselubungi kontroversi.

Pemain nombor satu dunia wanita, Datuk Nicol David yakin skuasy akan mendapat perhatian serius dari IOC, namun dia tetap mengalu-alukan semua pihak yang sedia membantu menyokong bidaan skuasy ke Olimpik.

“Saya gembira apabila CIMB tampil menjadi korporat pertama menyokong skuasy dunia apatah lagi syarikat ini dari Malaysia. Apa yang kami perlukan lagi, tidak kira dari pihak mana sekalipun atau bentuk bantuan apa yang ingin disampaikan kepada kami bagi merealisasikan hasrat ini,” kata Nicol.

Ditanya mengenai pesaing terkuat yang boleh menjejaskan peluang skuasy ke Olimpik, Nicol berkata: “Buat masa ini saya lihat skuasy dan karate mendahului dari segi promosi tapi gusti juga giat mempromosi sukan mereka untuk dimasukkan semula dalam kalendar Olimpik.

“Malah kita tidak boleh memandang rendah peluang sukan baru lain yang semakin dekat dengan jiwa orang muda seperti memanjat dinding dan sukan roller.

“Bagaimanapun, jika berdasarkan video persembahan, saya yakin kami ada cukup ramuan yang boleh memikat IOC.”



Arena - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...