Skip to main content

Kaji ayat Rajagobal




Kelana Jaya: Pihak sekretariat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu Jawatankuasa Tatatertib FAM mengkaji kenyataan terbaru pengendali Datuk K Rajagobal yang didakwa mengkritik polisi penggunaan pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang memberi kesan kepada prestasi skuad kebangsaan ketika ini.

Penolong Setiausaha Agung FAM Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, berikutan kesuntukan masa, Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang semalam tidak sempat membincangkan kes itu secara mendalam dan akan dibawa pada mesyuarat seterusnya.

“Kita tengok (kenyataan Rajagobal) sepintas lalu saja, kita akan bawa kes ini ke mesyuarat selepas ini. Ia bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertib, jika ada kes kita akan buat,” katanya semalam.
Ahmad Fuad yang ditemui pemberita diminta mengulas kenyataan Rajagobal yang dibuat pada sidang media selepas perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi, Ahad lalu.

Rajagobal yang tidak puas hati selepas melihat anak buahnya tewas 1-4 pada aksi di Stadium Shah Alam itu berkata, skuad kebangsaan kini tidak memiliki penyerang semula jadi dan kehadiran pemain import dilihat lebih mendapat tempat dalam pasukan utama Liga-M.

Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan Datuk Taufek Abd Razak semalam memutuskan untuk memanggil pegawai Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memberi keterangan untuk menyelesaikan kes pergaduhan pemain kedua-dua pasukan itu, minggu depan.
Bagaimanapun Taufek yang mempengerusikan mesyuarat itu tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan dan tugas itu kini diambil alih sepenuhnya sekretariat FAM.

“Bukan selama-lamanya Taufek tidak boleh beri keterangan, cuma hingga kes ini diputuskan. Kami akan merujuk kes ini di bawah Perkara 8 Tatatertib dengan memanggil pegawai tertinggi Selangor dan ATM dalam perlawanan itu untuk beri keterangan.
“Ini terpaksa dilakukan kerana kami tidak memperoleh bukti pergaduhan menerusi rakaman video yang diberikan Selangor, ATM dan TV3. Malah pegawai perlawanan juga tidak dapat mengenal pasti pemain yang terbabit kerana insiden itu berlaku dengan cepat,” katanya.

Perlawanan pusingan pertama Piala FA antara Selangor dan ATM yang berlangsung 25 Januari lalu dicemari dengan insiden pergaduhan pemain selepas tamat perlawanan.

Selangor mendakwa Shukor Adan menjadi dalang tercetusnya pergaduhan itu manakala ATM melihat Afiq Azmi memulakan provokasi yang menyebabkan pemain ATM gagal mengawal emosi kerana tewas menerusi penentuan sepakan penalti (3-2) selepas terikat 2-2 dalam masa sebenar di Stadium Shah Alam.



Oleh Aziman Rosdi - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...