Skip to main content

Malaysia Dapat Laluan Mudah Ke Suku Akhir Piala Sudirman Li-Ning

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Malaysia dijangka menghadapi laluan mudah ke peringkat suku akhir Piala Sudirman LI NING 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini dari 19 hingga 26 Mei ini.

Dalam undian yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara yang turut dihadiri Setiausaha Agung Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Thomas Lund Khamis, skuad badminton negara diundi dalam Kumpulan C bersama juara Eropah, Jerman dan Taiwan.

Kumpulan A dianggap kumpulan 'maut' apabila juara lapan kali, China bakal menghadapi tentangan sengit juara 1989, Indonesia dan India pada kejohanan berpasukan campuran berprestij dunia itu.

Juara tiga kali, Korea Selatan pula mengetuai cabaran Kumpulan B bersama Thailand dan Hong Kong manakala Denmark, Jepun dan Singapura diundi dalam Kumpulan D pada kejohanan dwitahunan itu.

Selain 12 negara berkenaan yang diletakkan dalam Kumpulan 1, kejohanan itu turut disertai 19 pasukan lain dalam tiga lagi kumpulan di mana mereka akan bersaing untuk memperbaiki ranking masing-masing dalam senarai BWF.

Kumpulan 2 dianggotai Russia, Belanda, Amerika Syarikat, Perancis, Sweden, Kanada, Scotland dan Austria manakala Kumpulan 3 dihuni Ukraine, Switzerland, New Zealand, Vietnam, Turki, Australia, Sri Lanka dan Lithuania.

Tiga lagi negara iaitu Afrika Selatan, Filipina dan Kazakhstan diletakkan dalam Kumpulan 4.

Mengenai undian tersebut, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek melihat laluan skuad negara mara ke suku akhir adalah cerah, namun tidak mahu memandang rendah keupayaan dua lagi pesaing mereka yang mampu memberi ancaman.

"Kita boleh nampak kelemahan ketara pemain wanita negara dalam acara perseorangan dengan Jerman mempunyai pemain berpengalaman, Juliane Schenk manakala Taiwan akan menyandarkan harapan kepada (juara Terbuka Malaysia 2013), Tai Tzu Ying.

"Saya percaya jika pemain wanita negara mampu mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan kali ini, kita mampu mara lebih jauh," katanya.

Rashid, yang meletakkan sasaran separuh akhir, berkata Datuk Lee Chong Wei menjadi pertaruhan utama negara alam mengutip mata pertama sekali gus memberi semangat kepada rakan sepasukan untuk mencatat kemenangan.

"Kita semua tahu Chong Wei mampu bangkit jika ketinggalan, namun agak sukar untuk saya menjamin tempat bagi dua lagi pemain perseorangan Liew Daren dan Chong Wei Feng yang tidak konsisten sejak kebelakangan ini," katanya.

Dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan bagi Kumpulan 1, akan mara ke suku akhir pada kejohanan itu manakala pasukan yang menduduki tangga terbawah akan turun ke Kumpulan 2.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi Piala Sudirman sejak ia mula dipertandingkan di Jakarta, Indonesia pada 1989.

Piala itu dinamakan sempena Dick Sudirman bagi menghargai jasa dan sumbangan bekas legenda badminton Indonesia itu yang merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI).



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...