Skip to main content

Nicol tak janji juara

Kuala Lumpur: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David tidak berani menjanjikan gelaran kesembilan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur akan memulakan aksi kelayakan esok, manakala Low Wee Wern menaruh harapan untuk membuang badi gagal melepasi pusingan pertama sepanjang beraksi dalam kejohanan yang memasuki edisi ke-15.
Nicol menganggap kehadiran 16 daripada 20 pemain ranking teratas dunia menambah saingan getir untuknya.

“Saya anggap kejohanan ini sebagai kejohanan besar pertama tahun ini. Pada awal tahun kurang kejohanan utama dan saya masih segar. Saya harap dapat menampilkan aksi bertenaga,” katanya pada sidang media menjelang kejohanan yang akan berlangsung di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil pada peringkat kelayakan dan kedua, sebelum berpindah ke gelanggang kaca di Berjaya Times Square di suku akhir.

Kejohanan terakhir disertai Nicol tahun ini, Terbuka Cleveland pada Februari lalu yang menyaksikannya tewas di tangan Raneem El Weleily dari Mesir di final.

Wee Wern pula yang mendapat beberapa penajaan baru tahun ini turut mempunyai misi peribadi kali ini.

“Sepanjang menyerta Terbuka Kuala Lumpur, saya tidak pernah melepasi peringkat pertama dan berdasarkan undian, saya sasarkan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir,” katanya yang buat kali pertama beraksi di kejohanan profesional pada ranking terbaik, iaitu keenam dunia.
Wee Wern yang mendapat tajaan Puma dan terbaru, AirAsia diletakkan selaku pilihan keenam, membuka cabaran menentang pemain Australia, Donna Urquhart di pusingan pertama, Rabu ini sebelum Madeline Perry dari Ireland bakal menjadi lawan di pusingan kedua.

Jika mara, dia akan ke suku akhir menentang sama ada pilihan ke-16, Rachael Grinham (Australia) atau pilihan ketiga, Laura Massaro (England) sebelum Nicol berkemungkinan menantinya di separuh akhir.
Nicol pula memulakan cabaran menentang pemain kelayakan di pusingan pertama dengan pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy dijangka menjadi lawan di pusingan kedua sebelum pemain India, Dipika Pallikal, di suku akhir.

Nicol dijangka meneruskan sengketa dengan pemain nombor dua dunia, Raneem El Weleily (Mesir) di final.



Oleh Mohd Hilmie Hussin

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...