Skip to main content

Peluang cerah kembang karier

Kelana Jaya: Prospek untuk dua pemain muda negara Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim mengembangkan karier ke peringkat lebih tinggi kini terbuka luas biarpun mereka hanya dipikat kelab Liga Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu.

Kedua-dua pemain Harimau Muda A itu sudah menandatangani kontrak bersama kelab yang berpangkalan di Okinawa itu dan berpeluang mempamerkan kemampuan untuk memikat pencari bakat kelab ternama di Jepun selepas ini.

Namun ini terpulang kepada Wan Zack, 22, dan Nazirul, 19, untuk mengambil peluang dan apa yang perlu dilakukan terlebih dulu, merebut tempat dalam kesebelasan utama FC Ryukyu.

Naib Presiden Eksekutif FC Ryukyu Sotaro Shinoda yakin dengan potensi dimiliki kedua-dua pemain negara ini dan kelabnya boleh menjadi platform terbaik untuk mereka melangkah lebih jauh.

“Jika mereka bermain dengan baik, tidak mustahil ada kelab besar Liga Jepun mahu mengambil mereka selepas ini. Kami tidak akan menyekat jika mereka mendapat tawaran lebih baik kerana kelab kami akan berbangga menjadi tempat permulaan karier mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman rasmi Wan Zack Haikal dan Nazirul sebagai pemain FC Ryukyu semalam.

Shinoda berkata, tiada layanan istimewa akan diberikan kepada kedua-dua pemain negara sebaliknya mereka perlu bersaing merebut tempat dalam skuad yang kini memiliki 29 pemain itu, termasuk dua pemain import dari Korea Selatan dan seorang, Brazil.

FotoSHINODA (kiri) menyerahkan jersi kepada Wan Zack dan Nazrul (kanan).
“Jika mereka cergas, menunjukkan prestasi baik dalam latihan serta cepat menyesuaikan diri dengan pasukan, mereka pasti diberi peluang bermain dalam kesebelasan utama. “Mereka bagus, mempunyai kemahiran, kepantasan dan berbakat, saya harap mereka akan cepat mendapat tempat dalam skuad utama,” katanya yang berlepas pulang ke Jepun bersama Wan Zack Haikal dan Nazirul semalam.

Wan Zack Haikal yang beraksi di posisi sayap menandatangani kontrak selama dua tahun pada Sabtu lalu manakala Nazirul, pemain pertahanan kiri hanya menerima kontrak selama setahun.
Shinoda bagaimanapun menjelaskan pihaknya membuat penilaian tersendiri sebelum mengemukakan tawaran itu.

“Kami sudah mengikuti perkembangan Wan Zack Haikal sejak pusingan kelayakan Olimpik tahun lalu hingga sekarang dan mengenali kemampuannya. “Kami hanya menilai kemampuan Nazirul hasil pemerhatian ketua jurulatih dalam latihan minggu lalu dan hanya menawarkan kontrak setahun. “Tapi jika dia beraksi dengan baik, kontraknya akan disambung. Peluang Nazirul cerah kerana kelab di Jepun memang sukar mendapatkan pemain pertahanan kiri yang bagus.”



Oleh Aziman Rosdi

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...