Skip to main content

Pemain Rajagobal ketandusan idea

Kuantan: Rentak kemenangan yang mahu dikekalkan skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal tidak menjadi seperti diharapkan apabila tumpas 0-2 di tangan Palestin dalam perlawanan persahabatan amal di Stadium Darulmakmur malam tadi.
Satu gol pada setiap babak menerusi Khaled Saleem dan Ashraf Alfawaghra menceritakan betapa rapuhnya permainan Harimau Malaya yang baru mendapat suntikan semangat hasil kemenangan 2-1 ke atas Yaman dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015, Jumaat lalu.

Palestin bermula garang apabila mengancam kubu skuad negara seawal minit ke-2 menerusi gerakan Khaled dari sebelah kiri yang melintangkan bola ke dalam kotak penalti namun gagal disambar kapten Imad Zatara ketika penjaga gol Mohd Farizal Marlias sudah tergamam.
Skuad kendalian Rajagobal tanpa enam tonggak utama termasuk penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Nor turut mengatur gerakan namun buntu untuk menembusi benteng pertahanan pasukan pelawat.

Palestin yang menduduki ranking ke-150 dunia hampir di depan pada minit ke-32 selepas Farizal gagal menangkap kemas bola ketika diasak Khaled sehingga membenarkan Iyad Abugharoud melepaskan rembatan namun sekadar singgah di tepi jaring.

Namun usaha anak buah Jamal Mahmoud berhasil apabila mereka berjaya membuka tirai jaringan tujuh minit kemudian menerusi sepakan gunting Khaled selepas mendapat hantaran Mahmoud Shaikhqaseh.
Ketinggalan 0-1 Harimau Malaya cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan Rajagobal membuat beberapa pertukaran pemain namun strategi pengendali negara itu tidak menjadi apabila jentera serangan skuad negara seakan-akan ketiadaan idea untuk menembusi kekebalan pertahanan Palestin yang ampuh bertahan.

Tempoh empat minit masa tambahan menjadi detik penuh bencana buat skuad kebangsaan apabila Palestin berjaya menambah jaringan menerusi sepakan percuma Ashraf yang gagal diselamatkan penjaga gol gantian Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Pasukan pelawat boleh menambah aib pasukan tuan rumah pada penghujung perlawanan, namun mujur Syihan, pemain Harimau Muda C yang menggantikan Norazlan Razali menyelamatkan sepakan penalti Hussam Abu Saleh.



Oleh Aziman Rosdi

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...