Skip to main content

PLBM dapat presiden baru

Kuala Lumpur: Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) bakal mendapat presiden baru apabila Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid memutuskan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 17 tahun lalu itu pada pemilihan jawatankuasa PLBM, Sabtu ini.

Setiausaha Kehormat PLBM Ramble Dallan Rice-Oxley berkata Ahmad Sarji menyatakan hasratnya itu pada mesyuarat majlis PLBM yang diadakan Februari lalu.

Pemilihan jawatankuasa PLBM akan diadakan semasa mesyuarat agung tahunan badan induk boling padang di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara.

Tun Ahmad Sarji membuat keputusan mengundur diri pada pemilihan jawatankuasa PLBM tahun ini selepas berpuas hati berjaya melonjakkan pembangunan sukan boling padang negara," kata Ramble.

Beliau berkata beberapa individu sudah menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden PLBM itu.

Mengenai sumbangan Ahmad Sarji terhadap pembangunan boling padang negara, Ramble berkata bekas Ketua Setiausaha Negara itu berjaya menaikkan nama Malaysia di peringkat dunia di samping menyediakan kemudahan dan prasarana sukan boling padang bertaraf dunia di negara ini.

"Semasa memimpin PLBM, nama Malaysia juga semakin dikenali selepas Mohd Hizlee Abdul Rais muncul juara Kejohanan Juara-Juara Perseorangan Dunia di Cyprus pada Oktober lalu," katanya.

Selain pemilihan jawatankuasa PLBM baru, Ramble berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan cadangan pemindahan pusat boling di Bukit Kiara ke Putrajaya atau Puchong.

Beliau berkata kerajaan akan menjadikan tapak pusat boling padang di Bukit Kiara yang digunakan sejak 17 tahun lalu itu sebagai akademi badminton.

"Pada masa sekarang, kami masih menunggu kata putus daripada Perbadanan Stadium Malaysia mengenai tapak baru pusat boling padang negara," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...