Skip to main content

BWF bakal perkenal teknologi baru

Kuala Lumpur: Badminton dijangka mengikut jejak langkah tenis dan bolasepak dengan memperkenalkan teknologi baru bagi mengkaji keraguan terhadap keputusan penjaga garisan.
Satu ujian akan dimulakan pada Piala Sudirman di Kuala Lumpur bulan depan sebelum sistem baru itu digunakan sepenuhnya pada Terbuka Indonesia September ini, menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.

“Apa yang kami lakukan sama dengan sukan lain, peraturan dan prinsip pada dasarnya sama dengan sukan seperti tenis, sekalipun teknologi dan prosesnya mungkin sedikit berbeza,” kata Timbalan Presiden BWF Paisan Rangsikitpho.

“Akhirnya kami mahu memantapkan integriti perlawanan dan keputusan yang dibuat.” Namun, sistem baru itu masih dalam peringkat perancangan dan BWF masih belum memutuskan teknologi yang akan digunakan, tidak sampai sebulan sebelum Piala Sudirman.

“Keputusan ini lebih mengenai peraturan berbanding teknologi sebenar yang digunakan,” kata Rangsikitpho.

“Kami masih menimbangkan beberapa pilihan tapi ia tetap sistem menggunakan kamera yang memungkinkan pengadil mengkaji semula keputusan penjaga garisan dengan teknologi gerak perlahan.
“Kami mahu mekanikal operasi ini berjalan lancar dan memastikan kedua-dua pemain dan pegawai perlawanan memahami bagaimana ia patut dilakukan, langkah demi langkah. Itulah keutamaan kami ketika ini.” Sistem Hawk-Eye dari Britain kini digunakan secara meluas dalam sukan tenis begitu juga dalam perlawanan kriket antarabangsa.

Bulan ini, Liga Perdana Inggeris mengesahkan penggunaan Hawk-Eye bermula musim depan, yang pertama bagi liga bolasepak domestik manakala badan induk dunia FIFA memilik sistem GoalControl dari Jerman untuk digunakan pada Piala Konfederasi tahun ini.


Arena, Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...