Skip to main content

Daren Liew Ketuai Cabaran Negara Ke Pusingan Kedua Kejohanan Badminton Asia

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pemain perseorangan nombor dua negara, Daren Liew mengetuai cabaran pemain negara yang melayakkan diri ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Taipei Arena, Taiwan, Rabu.

Pada pusingan pertama, pemain berusia 25 tahun itu tidak menghadapi masalah besar untuk menjinakkan pemain muda Hong Kong, Tam Chun Hei dengan keputusan 21-13 dan 21-8.

Chong Wei Feng, pemian pilihan ke-10, turut mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan pemain tuan rumah, Hsuan Lin Chia, 21-13 dan 21-10.

Pemain pelapis kebangsaan, Goh Soon Huat turut layak ke pusingan kedua selepas beliau mencatatkan kemenangan 21-5 dan 21-10 ke atas pemain pusingan kelayakan dari Macau, Tai Kin Hei.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan negara Goh V Shem dan Lim Khim Wah turut menempah slot ke pusingan kedua selepas mencatatkan kemenangan 21-11 dan 21-10 ke atas beregu tuan rumah, Liang Jui Wei dan Liao Kuan Hao.

Bekas juara beregu remaja dunia, Nelson Heg Wei Keat dan Teo Ee Yi bagaimanapun dipaksa bermain dalam rubber set oleh pasangan dari Singapura, Terry Hee dan Terry Yeo Zhao Jiang sebelum mengesahkan slot pusingan kedua dengan kemenangan 21-17, 13-21 dan 21-11.

Sonia Cheah pula menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan kemaraan selepas dua pemain lain iaitu kakaknya, Lydia Cheah Li Ya serta Tee Jing Yi tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan pertama.

Sonia mara ke pusingan kedua selepas mengatasi Xing Aiying dari Singapura dengan kemenangan 21-11, 14-21 dan 21-18.

Wakil tunggal negara dalam beregu wanita, Amelia Alicia Anscelly dan Soong Fie Cho turut meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan dari Filipina, Jessie Francisco dan Eleanor Christine Inlayo dengan keputusan 21-10 dan 21-8.

Dalam acara beregu campuran, tiga pasangan negara meneruskan saingan di pusingan kedua selepas mengalahkan lawan masing-masing pada pusingan pertama.

Amelia yang bergandingan dengan Teo Ee Yi mengejutkan pilihan ketujuh dari Jepun, Kenichi Hayakawa dan Misaki Matsutomo dengan kemenangan 16-21, 21-18 dan 21-17.

Ong Jian Guo dan Lim Yim Loo menumpaskan gandingan tuan rumah, Lin Yen Jui dan Wu Ti Jung dengan kemenangan 21-13 dan 21-17 manakala Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing pula menewaskan pasangan dari China, Qiu Zihan dan Bao Yixin dengan keputusan 21-19 dan 21-15.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...