Skip to main content

Kejayaan Cardiff Layak Ke EPL Musim Depan Bawa Jenama Malaysia Ke Mata Dunia

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kejayaan kelab bola sepak liga kejuaraan Inggeris Cardiff City FC melayakkan diri ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan merupakan kebanggaan buat rakyat negara ini.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kelab berkenaan yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan, Ahmad Shabery berkata kejayaan itu dapat membawa jenama 'Malaysia' ke persada bola sepak antarabangsa.

"Saya amat gembira dengan kejayaan ini. Tahniah kerana ia sedikit sebanyak telah memupuk semangat kepada para pemain kebangsaan untuk bekerja lebih keras dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa," katanya kepada Bernama Rabu.

Kelab itu, yang menggunakan jersi yang tertera nama 'Malaysia', menamatkan penantian selama 51 tahun untuk layak beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan kelab bimbingan jurulatih dari Scotland, Malky Mackay ketika menentang Charlton Athletic pada Selasa, membolehkan beraksi dalam liga utama England itu buat julung kalinya.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata kelab berkenaan telah lama dianggap sebagai 'pasukan kebangsaan' kerana dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri.

"Malaysia dan Cardiff City FC sudah lama mempunyai pertalian spiritual kerana apabila penduduk di sana melihat pasukan itu, mereka pasti mengaitkan dengan Malaysia kerana kita adalah penaja utama yang membawa mereka ke tahap ini," katanya.

Beliau turut memuji program pembangunan di peringkat akar umbi yang dijalankan oleh kelab berkenaan dan menggesa pasukan Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal untuk mencontohi kelab itu.

Turut senada dengan beliau ialah lagenda bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun yang menyifatkan kejayaan kelab itu untuk beraksi di EPL musim depan pasti menggembirakan seluruh rakyat Malaysia.

"Kita patut mencontohi bagaimana Vincent Tan bawa pasukan ini ke EPL agar kita mampu mencapai ke tahap lebih baik pada masa akan datang.

"Skuad Harimau Malaya patut menjadikan kejayaan kelab itu sebagai pembakar semangat untuk berusaha dengan lebih keras bagi melayakkan diri beraksi di Sukan Olimpik nanti," katanya.

Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata kejayaan Cardiff City FC telah membuka ruang besar kepada bakat bola sepak tempatan untuk menempatkan diri mereka ke peringkat antarabangsa.

"Kita perlu belajar daripada kelab itu jika ingin maju ke hadapan... saya harap FAM mahupun pasukan-pasukan negeri dan kelab tidak mempersiakan peluang menjalinkan kerjasama bersama Cardiff City yang mempunyai pengalaman luas dalam sukan bola sepak era baharu," katanya.

Pada masa sama, Wan Jamak turut berharap kelab berkenaan akan membuka lebih banyak peluang kepada pemain tempatan untuk menimba pengalaman berguna beraksi bersama pasukan itu pada masa akan datang.

Sementara itu, pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yang memiliki satu lagi pasukan dalam EPL, Queens Park Rangers (QPR), dalam posting di Facebook beliau, mengucapkan tahniah kepada Tan atas kejayaan pasukannya melayakkan diri ke EPL.

"Tahniah kepada Tan Sri Vincent Tan atas kejayaan Cardiff. Syabas!," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...