Skip to main content

FAM Perlu Pasti Latihan Luar Negara Beri Pulangan Kepada Negara

KOTA BAHARU, 27 Mei (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memastikan latihan skuad Harimau Malaya di luar negara mampu memberi pulangan yang setimpal dengan perbelanjaan besar yang terpaksa ditanggung kerajaan kepada skuad kebangsaan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata kesesuaian memilih tempat latihan adalah penting kerana melibatkan kos yang tinggi.

"Kalau peruntuk wang yang banyak, tapi lawan dengan pasukan berstatus sekolah, baik duduk dekat Kuala Lumpur...lawan dengan budak-budak Sekolah Sukan Bukit Jalil sahaja.

"Kalau boleh berikan manfaat dari segi pendedahan, boleh diteruskan tapi kena pastikan kita akan dapat manfaat kerana belanja yang dikeluarkan bukanlah sedikit. Kalau tak sesuai tak perlulah. Banyak lagi tempat lain yang lebih sesuai," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) Kelantan di sini Isnin.

Akhbar hari ini melaporkan tindakan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal untuk menghadapi kelab divisyen dua Australia di Canberra dan Sydney serta keputusan FAM membatalkan perlawanan persahabatan kelas A menentang Singapura pada 4 dan 7 Jun ini mengundang pertanyaan daripada pelbagai pihak.

Ramai pihak berpendapat ia satu keputusan yang tidak wajar memandangkan cuaca di Australia kian sejuk iaitu dua hingga tujuh darjah Celsius di Canberra, 10 hingga 14 darjah Celsius di Sydney manakala suhu di Bahrain 26 hingga 33 darjah celsius.

Skuad kebangsaan akan bertemu Bahrain dalam saingan Kumpulan D, Kelayakan Piala Asia 2015 pada 15 Oktober di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Zolkples berkata hasrat kerajaan membida untuk menjadi tuan rumah kepada bola sepak Piala Dunia 2034 adalah tepat.

"MSN mempunyai 'Projek 2019' di mana kita latih pemain bawah 17 tahun untuk menyertai Piala Dunia bawah 17 pada 2019 nanti.

"Kita harap dengan program latihan tersebut akan menghasilkan lebih ramai bakat-bakat baharu menjelang Piala Dunia 2034 nanti," katanya.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...