Skip to main content

20 Pasukan Sertai Jelajah 1Malaysia 2013

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Sebanyak 20 pasukan termasuk tiga pasukan kebangsaan dan sembilan pasukan benua akan bersaing pada perlumbaan berbasikal lebuh raya bertaraf antarabangsa, Jelajah 1Malaysia 2013 (J1M 2013), bermula Rabu depan.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad berkata perlumbaan lima hari itu juga akan melibatkan penyertaan lima kelab serta tiga pasukan tempatan.

"Tiga pasukan kebangsaan tersebut ialah Malaysia, Singapura dan Bahrain," katanya kepada pemberita selepas menerima penajaan daripada Nestle Products Sdn Bhd serta pengumuman Milo sebagai penaja jersi Hijau (Raja Pecut) di sini hari ini.

Naim berkata sembilan pasukan benua ialah Terengganu Cycling Team (Malaysia), OCBC Singapore (Singapura), Matrix Powertag (Jepun) dan Huon Salmon Genesys Wealth Advisers Pro Cycling (Australia).

Selain itu, Team LBC Cycling (Filipina), CCN Cycling Team (Brunei), Team Baku Cycling Project (Azerbaijan), Polygon Sweet Nice (Ireland) dan 7 Eleven (Filipina).

Lima kelab pula ialah Putra Perjuangan Bandung dan Custom Cycling Club, masing-masing dari Indonesia serta tiga kelab tempatan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Corbusier (Sarawak).

Manakala, tiga pasukan tempatan ialah Negeri Sembilan, Terengganu dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Perlumbaan sejauh 856km membabitkan lima peringkat itu akan bermula dari Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil ke Rembau (peringkat pertama) sejauh 187.7km.

Peringkat kedua Rembau-Batu Pahat (kedua-197.6km) diikuti Batu Pahat-Pontian (94.7km), Plaza Angsana Johor Baharu-Melaka (206.3km) dan peringkat kelima dari Melaka ke Putrajaya sejauh 169.8km.

Naim berharap pelumba negara dapat mempamerkan prestasi cemerlang pada perlumbaan itu bagi melonjakkan lagi nama Malaysia di persada sukan berbasikal di rantau Asia.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...