Skip to main content

Andrew Mok, Laura Simon Cemerlang Pada Hari Pertama SUKMA 2013



KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Atlet lawan pedang Wilayah Persekutuan, Andrew Mok Vern-Han meraih pingat emas pertama Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 apabila mengungguli acara foil individu lelaki di Gimnasium 3 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di ibu negara, Khamis.

Penyandang juara SUKMA 2011 itu beraksi cemerlang untuk mengenepikan rakan sepasukan, Syed Adil Emir Putra Syed Aidi yang meraih pingat perak dengan kemenangan 15-8.

Pingat gangsa acara itu milik bersama atlet Johor, Muhammad Aqil Anuar dan Izzul Syawal Syamsuddin dari Perak.

Andrew, 19, menyifatkan pencapaian itu adalah kejayaan yang perlu dikongsi bersama rakan sepasukan.

"Kejayaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa, rakan dan penyokong kontinjen Wilayah Persekutuan yang banyak memberi sokongan kepada saya selama ini," katanya.

Beliau berkata fokusnya selepas SUKMA kali ini adalah untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh dan berharap Majlis Sukan Malaysia akan memilih saya sebagai atlet kebangsaan," katanya, yang kini bernaung di bawah kelab lawan pedang persendirian, Touche'.

Andrew berkata impiannya adalah untuk menjadi atlet bertaraf dunia seperti idolanya, Sheng Lei dari China yang merupakan pemenang pingat emas di Olimpik London 2012 dalam acara sama.

Sementara itu, pingat emas bagi acara epee individu wanita dimenangi atlet Sabah, Laura Simon selepas mengecewakan Nur Aina Jalil dari Johor yang meraih pingat perak dengan kemenangan 15-13.

Pingat gangsa dikongsi bersama Noorazeera Adeera Noor Jali dari Negeri Sembilan dan atlet Perak, Nor Syazasaffa Mahyuddin.

Laura berkata beliau gembira dengan kejayaan tersebut kerana ia merupakan SUKMA terakhir baginya setelah mula menyertai temasya dwitahunan itu pada 2006.

"Setelah menanti selama lapan tahun, akhirnya saya berjaya meraih pingat emas pertama di SUKMA dan ia cukup bermakna bagi saya," katanya bahawa beliau akan terus aktif dalam sukan lawan pedang di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, 2013 adalah tahun bertuah bagi dirinya selepas meraih, masing-masing satu pingat emas di Kejohanan Dunia di Shenzhen, China pada bulan lepas dan Kejohanan Terbuka Hong Kong, dua minggu lepas.

Selain acara akhir lawan pedang kategori epee lelaki dan sabre wanita, temasya hari kedua Jumaat bakal menyaksikan pusingan awal acara polo air, bola jaring, bola keranjang dan kriket.


--BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...