KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Sukan Malaysia
(Sukma) ke-16 yang akan membuka tirai secara rasmi esok, bakal memberi
nafas baharu kepada beberapa sukan bukan pilihan yang sebelum ini
'terpinggir' apabila tidak mendapat tempat dalam penganjuran temasya
itu.
Keghairahan tuan rumah mengejar pingat pada temasya peringkat kebangsaan itu menyebabkan mereka tidak berminat menyenarai acara-acara berkenaan yang dianggap kurang popular di negara ini berbanding sukan teras atau utama.
Pada edisi kali ini, Majlis Sukan Negara (MSN) selaku pengelola temasya itu, menyenarai dua jenis sukan baharu yang dikategori sebagai sukan bukan pilihan iaitu Muay Thai dan woodball selain memperkenalkan acara baharu dalam bola sepak iaitu bola sepak pantai bagi mewujudkan 'demokrasi dalam sukan'.
Selain itu, antara 20 acara sukan lain yang bakal dipertandingkan pada Sukma 2013 ialah akuatik (polo air dan renang berirama), bina badan, bola baling, bola jaring, bola keranjang, bola sepak (futsal dan pantai), bola tampar (pantai dan dewan), ekuestrian, judo, kabadi, kriket, gimnastik dan lawan pedang, yang melibatkan 18 venue di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Puchong, Shah Alam dan Pantai Morib.
Beberapa sukan utama yang sebelum ini sentiasa menjadi acara wajib pada temasya itu, antaranya bola sepak, olahraga, hoki dan berbasikal, tidak dipertandingkan kali ini bagi memberi laluan kepada sukan-sukan kurang popular untuk 'menyerlah'.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukma ke-16, Datuk Abdul Jalil Abdullah berkata tujuan MSN mempertandingkan sukan bukan pilihan pada temasya kali ini adalah bagi mewujudkan demokrasi dalam sukan dengan memberi peluang sama rata kepada sukan berkenaan diketengahkan di peringkat kebangsaan.
"Sukan bukan pilihan agak ketinggalan jika dibanding dengan sukan teras kerana ia kurang mendapat tempat dalam temasya Sukma yang dianjurkan negeri-negeri (pada tahun genap).
"Kementerian Belia dan Sukan menerusi MSN mula memperkenal penganjuran Sukma pada tahun ganjil bermula 2011 bagi memberi peluang sama rata kepada sukan bukan pilihan berkembang," katanya kepada Bernama.
Untuk rekod, bermula 2011, MSN akan menjadi penganjur Sukma bagi tahun ganjil manakala negeri-negeri akan menjadi tuan rumah temasya berkenaan pada tahun genap.
Sebelum ini, Sukma hanya dianjurkan dua tahun sekali oleh negeri-negeri. Sukma 2014 akan berlangsung di Perlis.
Abdul Jalil berkata usaha menambah acara sukan sentiasa dilakukan MSN, namun tugas itu tidak wajar diletakkan di bahu badan induk itu semata-mata, sebaliknya persatuan sukan juga perlu bersama-sama terlibat secara serius bagi menjayakan agenda pembangunan sukan negara.
"MSN telah membuka ruang seluas-luasnya kepada persatuan sukan bukan pilihan untuk membangunkan sukan masing-masing menerusi penganjuran Sukma. Terpulang kepada mereka sama ada berminat atau tidak menyenarai acara sukan yang mereka wakili," kata Abdul Jalil.
Beliau berkata hanya sukan baharu yang mempuyai sekurang-kurangnya tujuh penyertaan layak disenarai ke temasya tersebut.
"Saya harap persatuan sukan bukan pilihan menggunakan sebaik mungkin peluang ini kerana kita masih menawarkan lima acara sukan baharu untuk penganjuran Sukma berikutnya pada 2015," katanya.
Beliau berkata Sukma merupakan platform terpenting di negara ini kerana hampir 99 peratus atlet elit negara kini lahir daripada penganjuran temasya itu dan hanya sebahagian kecil dipilih oleh persatuan sukan serta menerusi program pencarian bakat anjuran bersama MSN, Institut Sukan Negara dan Kementerian Pelajaran.
"Sejak dahulu, Sukma dijadikan sebagai medan memilih atlet terbaik dari negeri untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi sebagai atlet kebangsaan.
"Hanya mereka yang terbaik akan diserap sebagai atlet kebangsaan sebelum diberi kepercayaan mewakili negara di pentas sukan antarabangsa," katanya.
Beliau berharap atlet yang mengambil bahagian pada edisi kali ini menggunakan peluang itu dengan sebaik mungkin jika mereka mempuyai cita-cita bergelar atlet kebangsaan pada masa akan datang.
Dalam pada itu, berdasarkan prestasi semasa atlet, Terengganu dijangka mampu mempertahan kejuaraan mereka buat kali kelima berturut-turut pada Sukma 2013 selepas memenanginya pada edisi temasya itu di Terengganu (2008), Melaka (2010), Kuala Lumpur (2011) dan Pahang (2012).
Untuk rekod, penyertaan pada Sukma tahun ini semakin meningkat apabila sebanyak 7,000 atlet dan pegawai mewakili 14 kontinjen telah mengesahkan penyertaan mereka bagi merebut 132 pingat emas, 132 perak dan 204 gangsa .
Pemburuan pingat pertama pada Sukma 2013 bermula hari ini menerusi acara lawan pedang meskipun temasya itu akan bermula secara rasmi esok dengan upacara perasmian di Stadium Mini MSN.
Keadaan berjerebu, yang sebelum ini melanda negara, kini semakin pulih dan tibalah masanya bagi atlet pelapis negara untuk membuktikan keupayaan mereka pada temasya itu yang disifatkan sebagai 'Mini Olimpik Malaysia'.
Oleh Ahmad Muliady Abdul Majid -- BERNAMA

sesuatu yang sewajarnya dilakukan demi kemajuan sukan di malaysia.Perlu diingatkan sukan bukan sahaja bertujuan untuk menang dan menjadi juara tetapi yang lebih penting ialah memupuk perpaduan,semangat kerjasama,sikap tolak ansur,menerima kekalalahan dengan berlapang dada dan memupuk semangat disiplin yang tinggi.Sebagai sebuah negara yang berbagai bangsa,budaya dan kebudayaan sememangnya melalui SUKMA ini dapat membina negara masa depan yang cemerlang dan gemilang.
ReplyDelete