Skip to main content

KBS Keluar Garis Panduan Penganjuran Kejohanan Dan Acara Sukan

KUALA LUMPUR, 25 Jun -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini membuat ketetapan untuk mengeluarkan garis panduan atau protokol bagi memastikan penganjuran kejohanan sukan dapat dijalankan tanpa menjejaskan kesihatan atlet dan orang ramai berikutan keadaan berjerebu sekarang.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata garis panduan serta protokol yang diputuskan itu ialah had maksimum Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi penganjuran acara atau aktiviti sukan ditetapkan pada paras bacaan 100.

"Ini kerana, bacaan IPU melebihi paras 100 ditakrifkan sebagai tidak sihat oleh Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Selain itu, beliau berkata acara sukan yang dipertandingkan di dalam dewan tertutup (indoor) boleh diteruskan seperti biasa dan ia termasuk beberapa acara pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 yang akan bermula Jumaat ini.

Khairy berkata sesuatu kejohanan atau acara sukan akan ditangguhkan jika IPU di lokasi kejohanan itu menunjukkan bacaan melebihi paras purata harian 100 selama tiga hari berturut-turut sebelum hari kejohanan tersebut berlangsung.

"(Kejohanan itu juga akan ditangguhkan jika) IPU di lokasi kejohanan tersebut menunjukkan trend meningkat selama tiga hari berturut-turut sebelum hari kejohanan itu berlangsung di mana bacaan IPU menghampiri atau mencecah paras purata harian 100," katanya.

Beliau berkata setiap penganjur kejohanan juga akan diberi notis sekurang-kurangnya 24 jam untuk menangguhkan acara atau kejohanan masing-masing, jika perlu.

Dalam tempoh dua minggu akan datang, empat kejohanan utama sukan akan berlangsung di negara ini iaitu Sukma ke-16 di sekitar Lembah Klang dari 28 Jun-7 Julai; Kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Baharu (29 Jun-7 Julai); Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka (26-30 Jun) dan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Khairy berkata kementerian juga menyarankan agar mana-mana penganjur acara atau kejohanan lain akan turut sama menggunakan pendekatan garis panduan itu bagi memastikan kesihatan peserta dan penonton terus terjaga.

Dalam pada itu, katanya KBS dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara akan terus memantau bacaan IPU di setiap lokasi kejohanan utama berkaitan, ke arah melaksanakan pematuhan garis panduan itu.

"Walaupun KBS prihatin akan persediaan yang telah dilaksanakan dan kos yang telah dibelanjakan untuk pelbagai acara atau kejohanan tersebut, KBS berpandangan bahawa kepentingan rakyat perlu didahulukan demi kebaikan kita bersama," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata sekiranya kejohanan yang diadakan di luar dewan (outdoor) seperti Perlumbaan Jelajah 1 Malaysia diteruskan dalam keadaan jerebu yang masih teruk, ia akan menjejaskan pernafasan atlet.

"Apabila sedang bersukan, atlet akan menyedut udara dengan lebih cepat berbanding orang awam yang berjalan kaki. Kesannya adalah penafasan atlet akan lebih teruk daripada orang biasa.

"Kita harap keputusan yang dibuat oleh penganjur akan megutamakan kesihatan atlet dan penonton yang hadir menyaksikan kejohanan yang berlangsung itu nanti," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...