Skip to main content

KBS Usul Memorandum Kepada Kabinet Status M'sia Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA 2017

PUTRAJAYA, 19 Jun (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan memorandum kepada Kabinet berhubung status Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2017, kata menterinya Khairy Jamaluddin.

Katanya beliau akan meminta pegawai kementerian dan Majlis Sukan Negara (MSN) menyediakan butiran terperinci dalam tempoh dua bulan mengenai anggaran kos untuk penganjuran temasya dwitahunan itu.

"Kita kena buat keputusan sebelum Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penajaan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16, di sini Rabu.

Khairy berkata sebagai pihak yang mengeluarkan perbelanjaan menganjurkan temasya itu, hanya kerajaan yang akan membuat keputusan berhubung perkara itu kerana ia melibatkan wang rakyat.

Mengulas kenyataan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi bahawa menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 bukan lebih rumit berbanding SUKMA, Khairy berkata kedua-dua temasya tersebut adalah berbeza.

Menurutnya SUKMA melibatkan program pembangunan atlet pelapis dan kebangsaan sedangkan Sukan SEA membabitkan penyertaan atlet luar.

Dalam laporan media Rabu, Kok Chi juga berkata tidak ada alasan untuk Malaysia menolak tawaran menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 berikutan jumlah kontingen dan atlet adalah lebih rendah daripada SUKMA.

Myanmar menjadi tuan rumah Sukan SEA 2013 diikuti Singapura pada 2015 dan sekira Malaysia menolak tawaran 2017 itu maka tanggungjawab itu akan diambil alih oleh Brunei yang dijadual menjadi hos pada 2019.

Mengenai penajaan SUKMA ke-16 di sekitar Lembah Klang dari 28 Jun hingga 7 Julai ini, Khairy berkata ia melibatkan kos sebanyak RM9 juta.

Bagaimanapun, kata pihak penganjur hanya memperoleh penajaan berjumlah RM1 juta daripada sektor korporat termasuk Resort World Genting, Nestle Sdn Bhd, Proton, 100Plus dan Pemodalan Nasional Berhad (PNB).

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...