Skip to main content

Presiden murka!


FotoSULTAN Ahmad Shah (kanan) pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, semalam.

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah membidas segelintir pihak yang melemparkan kritikan mempertikai tugas badan induk itu tanpa berfikir panjang.

Menurutnya biarpun negara memiliki kebebasan bersuara, beliau berkata, ada masanya setiap komen yang ingin diberikan perlu difikirkan terlebih dulu sebelum memberikan pandangan masing-masing.

“Sudah tentu anda boleh memberi komen kerana Malaysia negara bebas untuk bersuara tapi fikir dulu implikasinya, adakah ia memberi faedah kepada FAM atau persatuan bola sepak lain di Malaysia ini.
“Sudah 28 tahun saya menjadi presiden dan saya yang memperkenalkan liga profesional di Malaysia, siapa yang memberi komen itu perlu tahu apa yang dia cakap, tidak kisah siapa anda dan jawatan yang anda pegang, anda perlu bersedia untuk menerima kritikan,” katanya.

Sultan Ahmad Shah memberi kenyataan itu bagi menjawab kritikan dilemparkan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang menganggap bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad tidak memahami situasi bola sepak negara apabila membidas sikap persatuan negeri kerana terlalu bergantung kepada sumber kewangan badan induk itu.

Annuar berkata, FAM sepatutnya menghulurkan bantuan kepada persatuan negeri memandangkan mereka menjana pendapatan kepada badan induk bola sepak tanah air itu, antaranya menerusi penjualan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada Astro bernilai RM30 juta setahun. “Untuk pengetahuan umum, FAM membelanjakan purata RM45 juta setahun untuk Liga Malaysia dan tajaan diterima dari Astro hanya RM30 juta. Ia tidak mencukupi. Mereka yang komen itu tidak tahu kesulitan dihadapi FAM kerana tidak berada dalam badan induk. Biarpun tidak cukup, kami perlu berkerja, segala urusan perlu diteruskan,” katanya.

Annuar yang menjalani penggantungan 30 bulan akibat kritikannya terhadap prestasi skuad bola sepak kebangsaan, dilapor berkata pasukan yang terbabit dalam Liga Malaysia turut mempunyai hak ke atas wang itu dan bukannya milik FAM semata-mata.




Oleh Aida Adilah Mat, Arena - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...