Skip to main content

Harimau Malaya Tidak Patut Bersaing Dengan Kelab - Ibrahim Saad

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Dr Ibrahim Saad menggesa badan induk bola sepak kebangsaan itu supaya mengurangkan penglibatan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan berstatus kelab.

Beliau berkata perlawanan sebegitu tidak memanfaatkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal, malah boleh menjejaskan maruah mereka seandainya kalah kepada pasukan kelab kurang ternama terutamanya dari divisyen dua dan sebagainya.

"Sewaktu saya menjadi Setiausaha Agung (dari 2005-2007), kita (FAM) mengeluarkan satu garis panduan yang melarang jurulatih kebangsaan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab melainkan perlawanan berkenaan atas tiket jemputan.

"Perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab juga tidak memberikan sebarang mata kepada sesebuah negara. Saya agak hairan bagaimana FAM boleh mengadakan perlawanan sedemikian sejak akhir-akhir ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Skuad Harimau Malaya, yang kini berada di Jepun untuk aksi persahabatan, terus mempamerkan aksi longlai selepas dimalukan 0-5 oleh pasukan tangga kedua tercorot Divisyen Satu Liga J, Shonan Bellmare pada perlawanan kedua Sabtu lepas.

Terdahulu, mereka kalah 0-2 kepada sebuah lagi pasukan dari divisyen sama, Shimizu S-Pulse pada aksi sulung Khamis lepas, yang antara lain bertujuan mempersiapkan skuad Harimau Malaya menghadapi kelab Liga Primera Sepanyol, FC Barcelona pada 10 Okt ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Skuad Harimau Malaya bakal menamatkan aksi persahabatan di negara Matahari Terbit itu dengan bertemu pasukan Divisyen Dua, Tokyo Verdy, Rabu ini sebelum dijangka kembali ke tanah air pada Isnin depan.

Ibrahim yang pernah menjadi pengurus skuad kebangsaan dari 2000-2005 sebaliknya menegaskan FAM perlu lebih memperbanyakkan aksi persahabatan menentang pasukan kebangsaan luar yang dilihat membantu menaikkan kedudukan bola sepak negara yang kini berada pada ranking ke-159 dunia Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).

"FIFA sendiri telah menetapkan terdapat beberapa bulan yang sesuai untuk mengadakan perlawanan persahabatan yang antara lain adalah saluran rasmi kepada negara anggota mereka untuk menaikkan ranking masing-masing.

"Selain itu, FAM harus mempunyai rangkaian perhubungan yang baik dengan negara-negara luar untuk mengatur perlawanan persahabatan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada FIFA," kata Ibrahim.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perlawanan Antarabangsa FAM dari 2001-2003 itu turut berkata perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan luar tidak menelan kos besar memandangkan pasukan tuan rumah perlu menanggung kos kedatangan negara pelawat.

Mengenai ranking skuad Harimau Malaya, Ibrahim berkata FAM selaku badan pentadbir utama sukan bola sepak negara perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi memastikan ranking skuad Harimau Malaya tidak mengalami kemerosotan.

"Mungkin 10 pasukan terbaik di dunia enggan beraksi dengan kita, namun FAM perlulah merencanakan strategi untuk mengatur perlawanan dengan pasukan ranking ke-100 dunia dan ke atas.

"Sekiranya skuad kebangsaan kita menang ke atas negara yang berada pada kedudukan lebih baik daripada kita, maka ranking mereka akan meningkat," kata Ibrahim.

Untuk rekod, daripada 12 perlawanan persahabatan yang diharungi skuad Harimau Malaya tahun ini, mereka hanya mencatatkan dua kemenangan, seri sekali selain tewas baki sembilan perlawanan yang kebanyakannya kepada pasukan dari negara Arab.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...