Skip to main content

Jangan hanya jadi temasya sarkas



ZOLKPLES (tengah) beramah mesra dengan atlet-atlet negara pada majlis berbuka puasa di MSN, Bukit Jalil malam tadi.



TIDAK lagi perlu menjadi ‘jaguh kampung’.

Demikian saranan Majlis Sukan Negara (MSN) sekiranya Malaysia berhasrat menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2017.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi mengenal pasti acara sukan yang dipertandingkan pada temasya itu nanti.

Menurut beliau, sebagai tuan rumah, acara-acara sukan yang tidak dipertandingkan pada peringkat tertinggi seperti temasya Sukan Asia, Komanwel mahupun Olimpik sewajarnya digugurkan hanya kerana mahu merangkul gelaran juara keseluruhan.

“Acara-acara mengarut seperti renang sirip, sepak bulu ayam, kempo dan vovinam seperti yang dipertandingkan pada temasya sebelum ini perlu digugurkan. Jangan jadikannya seperti temasya sarkas semata-mata mahu menjadi juara keseluruhan.

“Saya yakin MOM memiliki pendirian yang sama dan kami akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekiranya hasrat menjadi tuan rumah benar-benar mahu direalisasikan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Atlet di MSN, Bukit Jalil malam tadi.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin melahirkan hasrat supaya negara muncul tuan rumah Sukan SEA 2017 selepas kali terakhir menganjurkan temasya dwi-tahunan itu pada 2001.
Ia ekoran tuan rumah asal, Brunei hanya bersedia menganjurkan temasya itu pada 2019, tahun yang sepatutnya menjadi giliran Malaysia sebagai tuan rumah.

Bagaimanapun jelas Zolkples, sukan tradisi seperti silat olahraga dan sepak takraw wajar diteruskan kerana ia masih dipertandingkan pada temasya Sukan Asia.
Mengenai bajet yang dikatakan mencecah RM116 juta, Zolkples memberitahu, anggaran awal itu dilihat masih berpatutan dan jauh lebih rendah berbanding perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan ketika menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma).

“Penganjuran temasya Sukan SEA kali ini juga tidak memerlukan pembinaan gelanggang sukan baharu, sebaliknya penambahbaikan mana-mana venue sedia ada,” jelasnya.
Dalam pada itu, kontinjen negara dijangka ‘terlepas’ sekurang-kurangnya 30 pingat emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar yang bakal membuka tirainya Disember depan.
Ini kerana menurut Zolkples, beberapa acara yang sebelum ini menjadi ‘lubuk emas’ kontinjen negara digugurkan penganjur kali ini.

“Acara seperti trek berbasikal (10 emas), boling (lima emas) dan renang seirama (lima emas) yang dipertandingkan pada temasya dua tahun lalu merupakan antara acara yang digugurkan oleh Myanmar kali ini,” katanya.

Pada 2011, kontinjen negara melabuhkan tirai Sukan SEA di Indonesia di tempat keempat keseluruhan carta pungutan pingat selepas meraih 59 emas, 50 perak dan 81 gangsa.
Ketika itu, penembak wanita, Nur Suryani Mohamed Taibi berjaya ‘membidik’ emas sulung kontinjen negara apabila mengungguli acara 50 meter 3 posisi Pistol Wanita manakala kilauan emas terakhir pula disumbangkan skuad Harimau Muda yang mengecewakan tuan rumah, Indonesia pada aksi final di Gelora Bung Karno, Jakarta.

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...