Skip to main content

Khairy kecewa pusat Sukan Paralimpik lambat siap

Kuala Lumpur: Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan yang sepatutnya boleh digunakan sejak Februari lalu, hanya dibuka sepenuhnya pada November.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pembukaan kompleks yang menelan belanja RM64 juta itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah pembentungan dan ketiadaan bekalan air.

Mengaku sedikit kecewa dengan kelewatan itu, Khairy berharap segala-galanya selesai selepas beliau melakukan lawatan semalam.
“Akibat masalah pembentungan dan bekalan air, ia tidak dapat diserahkan sepenuhnya untuk kegunaan atlet paralimpik tapi saya sudah minta proses ini dipercepatkan.

“Kita harap bekalan air dan masalah pembentungan diselesaikan dalam tempoh sebulan selepas sambutan Hari Raya. Anggaran kita penyerahan sepenuhnya pada November.

“Saya harap perkara ini dapat segerakan sebab jika berterusan tidak digunakan, akan berlaku kerosakan di beberapa tempat,” katanya.
Pusat kecemerlangan itu terletak di kawasan seluas 9.2 hektar mula dibina sejak November 2009 dan sepatutnya beroperasi Februari lalu.

Hampir semua kemudahan disediakan sudah boleh digunakan tetapi dua masalah iaitu sistem pembentungan dan bekalan air menjadi penghalang utama pembukaannya secara rasmi.
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bilik pentadbiran, pusat latihan dan asrama, pusat kecemerlangan terbabit memiliki gelanggang serba guna, lapangan memanah, gelanggang badminton serta kolam renang bersaiz Olimpik selain asrama yang boleh menempatkan 380 orang serta dewan makan.



Oleh Saiful Affendy Sapran, Arena - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...