Skip to main content

‘Mereka beri terbaik’


Kuala Lumpur: Kehilangan pingat perak pasangan penerjun negara, Pandelela Rinong-Leong Mun Yee bukan berpunca daripada kegagalan mengawal emosi atau tekanan.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, senario itu boleh terjadi kepada mana-mana penerjun kerana semua aspek perlu diambil kira apabila beraksi di peringkat tertinggi.

“Memang sayang, kita hanya dipisahkan 0.27 mata untuk meraih perak. Pasangan kita sebenarnya begitu hampir melakukannya hinggalah terjunan terakhir. Tapi aksi dipamer Pandelela dan Mun Yee amat membanggakan.
“Acara terjun tidak hanya membabitkan mental kerana bermula daripada sebelum melakukan terjunan hingga memasuki air, setiap aspek perlu diambil kira. Dua penerjun kita itu, terutama Mun Yee bukan atlet baru, mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak fikir ia ada kaitan dengan kegagalan mengawal emosi atau menangani tekanan,” katanya.

Pandelela-Mun Yee keting galan kepada pasangan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Fillion yang meraih perak manakala emas acara 10 meter terjun seirama itu milik penerjun China, Chen Ruolin-Liu Huixia.

Pencapaian di Barcelona itu gangsa kedua buat Pandelela-Mun Yee selepas turut menduduki tempat ketiga di kejohanan sama pada 2009 di Rome. Di Shanghai, China dua tahun lalu, mereka gagal membawa pulang sebarang pingat apabila sekadar menduduki tempat keenam.
Gangsa itu setidak-tidaknya mengubat kekecewaan di Sukan Olimpik London tahun lalu apabila pasangan itu sekadar menduduki tempat keenam acara sama.

Mengulas kemampuan Pandelela menukar warna gangsa apabila turun dalam acara akhir 10m platform individu hari ini, Zolkples berharap penerjun yang turut memenangi gangsa di London 2012 itu akan terus fokus.

“Bukan mudah buat Pandelela. Dia perlu kekal fokus bagi membuktikan dirinya masih antara yang terbaik dalam acara itu. Jika boleh, perbaiki pencapaian dilakukan di London.” Di separuh akhir semalam, Pandelela mempamerkan terjunan meyakinkan apabila mengumpul 314.15 mata untuk berada di kedudukan kelapan terbaik seterusnya layak beraksi di peringkat akhir, bersaing bersama 11 penerjun lain.



Oleh Aida Adilah Mat, Arena - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...