Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) merangka menjalinkan
kerjasama dengan sebuah kelab terkemuka dunia bagi mempelajari teknik
dan juga modul latihan mereka sekali gus mengembalikan kegemilangan
skuad Kenari.
Perkara itu diumumkan Presiden KFA Datuk Mukhriz Mahathir yang baru dilantik selepas beliau mempengerusi Mesyuarat Kongres Khas (EGM) KFA di Wisma Darulaman, semalam.
“Kita sudah mengadakan perbincangan awal dengan beberapa kelab terkemuka dunia dan mereka turut menunjukkan minat menawarkan kepakaran, namun setakat ini kita belum membuat keputusan.
“Saya berharap menerusi kerjasama dengan kelab terkemuka berkenaan
dapat memberi faedah kepada pasukan Kedah dari sudut sains dan seni bola
sepak. Untuk sesuatu kejayaan, ia bukan saja memerlukan seni, malah
mengambil kira sudut sains, contohnya pemakanan,” katanya.
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pihaknya yakin pendekatan itu mampu memberikan kesan besar terhadap kemajuan bola sepak negeri di samping sokongan berterusan penyokong skuad Hijau Kuning.
Beliau berkata, faktor kejurulatihan turut diberi keutamaan menerusi kerjasama berkenaan dan jurulatih skuad Kenari akan didedahkan dengan permainan taktikal daripada kelab terkemuka itu yang akan diumumkan kemudian.
Selain itu, beliau turut melaungkan cabaran kepada pasukan negeri lain bahawa skuad Kenari akan memberi persembahan terbaik pada kempen Piala Malaysia yang dijangka berlangsung 20 Ogos.
“Tiada apa yang mustahil dalam bola sepak, malah kita pernah memperoleh tiga kejuaraan beberapa tahun dulu dan tidak mustahil kita berpeluang melakukannya lagi. “Kita juga menarik perhatian syarikat korporat untuk menaja pasukan Kedah bagi mengurangkan kos kewangan untuk membawa pemain berkualiti mewakili skuad negeri,” katanya.
Oleh Muhammad Saufi Hassan - Arena , Harian Metro
Perkara itu diumumkan Presiden KFA Datuk Mukhriz Mahathir yang baru dilantik selepas beliau mempengerusi Mesyuarat Kongres Khas (EGM) KFA di Wisma Darulaman, semalam.
“Kita sudah mengadakan perbincangan awal dengan beberapa kelab terkemuka dunia dan mereka turut menunjukkan minat menawarkan kepakaran, namun setakat ini kita belum membuat keputusan.
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pihaknya yakin pendekatan itu mampu memberikan kesan besar terhadap kemajuan bola sepak negeri di samping sokongan berterusan penyokong skuad Hijau Kuning.
Beliau berkata, faktor kejurulatihan turut diberi keutamaan menerusi kerjasama berkenaan dan jurulatih skuad Kenari akan didedahkan dengan permainan taktikal daripada kelab terkemuka itu yang akan diumumkan kemudian.
Selain itu, beliau turut melaungkan cabaran kepada pasukan negeri lain bahawa skuad Kenari akan memberi persembahan terbaik pada kempen Piala Malaysia yang dijangka berlangsung 20 Ogos.
“Tiada apa yang mustahil dalam bola sepak, malah kita pernah memperoleh tiga kejuaraan beberapa tahun dulu dan tidak mustahil kita berpeluang melakukannya lagi. “Kita juga menarik perhatian syarikat korporat untuk menaja pasukan Kedah bagi mengurangkan kos kewangan untuk membawa pemain berkualiti mewakili skuad negeri,” katanya.
Oleh Muhammad Saufi Hassan - Arena , Harian Metro
Comments
Post a Comment