Skip to main content

Nadzmi Akui Tidak Dapat Formula Lahir Ramai Jaguh Badminton Dunia

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh mengakui sepanjang 13 tahun beliau menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM), beliau tidak bertemu formula terbaik untuk melahirkan lebih ramai jaguh badminton dunia dari kalangan pemain negara.

Bekas presiden BAM itu berkata di bawah kepimpinannya, banyak perkara dilakukannya untuk mencapai matlamt itu, namun hasilnya adalah minimum apabila hanya Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mampu menempatkan diri mereka dalam kelompok terbaik dunia.

Beliau memberitahu bahawa pencapaian pemain Malaysia semakin membimbangkan dan ia menjadi cabaran buat kepimpinan baharu BAM bagi mencari formula terbaik untuk melahirkan pemain Malaysia yang bertaraf dunia.

"Sebagai Presiden BAC (Konfederasi Badminton Asia), kami ada berbincang bagaimana negara seperti China dan Korea Selatan begitu mendadak pencapaian mereka dalam melahirkan pemain-pemain hebat. Mereka melakukan sesuatu yang mana orang lain tidak tahu.

"Jika kita masih menggunakan taktik sama seperti yang dilakukan Indonesia dan Thailand, kita tetap tidak akan berubah. China telah melakukan pendekatan baharu, kita perlu mendapat mencari formula itu. Kalau kita kekal dengan cara lama, saya tidak yakin Malaysia dapat kekal dengan kejayaan sekarang," tegasnya.

"Masalahnya siapa yang akan beri kaedah baharu itu. Bagi saya ia satu proses. Kita perlu melabur dengan orang yang betul dan pengurusan yang betul, baharu kita boleh mendapat jawapannya," kata Mohd Nadzmi.

Beliau berkata skuad negara memerlukan pakar psikologi khusus yang mempunyai minat serta memahami tentang badminton supaya mereka dapat membantu pemain kebangsaan mempersiapkan mental dan fizikal terutama ketika menghadapi kejohanan.

"China juga tiada formula itu (pakar psikologi khusus), tetapi mereka menggabungkan semua sumber yang ada sehingga mencetuskan satu sistem baharu. Begitu juga Korea Selatan. Saya akui tidak menemui formula seperti dilakukan China dan Korea Selatan dalam meningkatan prestasi atlet mereka," katanya.

Mohd Nadzmi yakin kepimpinan baharu BAM yang diketuai Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mampu mencari formula itu untuk memastikan Malaysia tidak ketandusan dalam melahirkan pemain bertaraf dunia.

Pada Menyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM Sabtu lepas, Tengku Mahaleel yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holding Berhad dipilih sebulat suara sebagai presiden baharu BAM.

Menyuarat itu juga menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Ir Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai Timbalan Presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai Timbalan Presiden II untuk penggal 2013-2017.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...