Skip to main content

Pelantikan Tengku Mahaleel Direstui Orang Lama BAM


Presiden Kehormat Presiden Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh (kiri) bersalaman dengan Presiden baru BAM, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Arif
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pemilihan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu mendapat restu orang lamaBAM yang menyifatkan beliau mampu melonjakkan kembali kegemilangan badminton negara.

Bekas Presiden BAM Tan Sri Elyas Omar (1985-1993), berkata pemilihan Tengku Mahaleel, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holding Berhad bagi menerajui badan induk itu, merupakan keputusan yang tepat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam arena badminton tanah air.

"Seingat saya, ketika saya memegang tampuk kepimpinan BAM, beliau (Tengku Mahaleel) sudah menjadi anggota majlis (BAM). Dengan penglibatan beliau yang agak lama dalam BAM, memang dia calon yang sangat sesuai bagi jawatan tersebut menggantikan (Datuk Seri Mohd) Nadzmi (Mohd Salleh).

"Saya yakin Tengku Mahaleel dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna dan saya tiada pengalaman bekerja dengan Al-Amin. Saya meletakkan sepenuh harapan kepada Tengku Mahaleel untuk membawa perubahan positif kepada BAM," kata Elyas ketika dihubungi Bernama Isnin.

Pada mesyuarat agung tahunan BAM Sabtu lepas, Tengku Mahaleel, 66, dipilih anggota gabungan BAM bagi menggantikan Mohd Nadzmi yang tidak mempertahankan jawatannya itu kerana terpaksa memberi tumpuan selepas dipilih sebagai presiden Konfederasi Badminton Asia (BAC), pada Mac lepas.

AGM badan induk itu turut menyaksikan semua anggota gabungan bersetuju mengekalkan Datuk Ir Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai Timbalan Presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai Timbalan Presiden II yang baharu bagi penggal 2013-2017

Ditanya kedudukan Mohd Nadzmi yang dipilih sebagai Presiden Kehormat BAM Elyas berkata beliau tidak mengetahui jawatan itu wujud dalam badan induk berkenaan.

"Sebelum ini, memang tiada orang pernah memegang jawatan itu. Ia mungkin baharu diwujudkan, saya pun tidak pasti. Sama ada jawatan baharu itu relevan atau tidak, saya pun tidak mahu beri sebarang komen...saya tidak tahu apa tugasnya," kata Elyas.

Dua hari lepas, setelah melepaskan jawatannya sebagai Presiden BAM, anggota majlis sebulat suara melantik Mohd Nadzmi sebagai Presiden Kehormat badan induk itu.

Difahamkan keputusan melantik Mohd Nadzmi memegang jawatan itu adalah sebagai langkah 'menang-menang' terhadap segelintir anggota majlis yang tidak bersetuju Tengku Mahaleel dipilih menjadi presiden BAM.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...