Skip to main content

Sukan Kompetitif Dipertanding Jika Malaysia Hos Sukan SEA 2017

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Jika Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA pada 2017, Majlis Sukan Negara (MSN) berharap hanya acara sukan kompetitif sahaja yang dipertanding, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong.

Beliau berkata acara sukan itu perlu selari acara yang dipertanding pada Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

"Telah banyak kali saya keluarkan kenyataan bahawa temasya Sukan SEA tidak seharusnya mempertandingkan acara sukan rakyat, jangan jadikannya seperti sarkas," katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama media di Kafe Atlet MSN di sini.

Bagaimanapun, Zolkples berkata sukan tradisi seperti silat dan sepak takraw perlu terus dipertanding kerana ia merupakan acara di peringkat Sukan Asia.

"Sudah tentu sebagai tuan rumah, kita mahu melihat negara kita berjaya di temasya itu. Selain berjaya sebagai pengelola, kita juga berjaya dari segi pencapaian atlet," katanya.

Untuk rekod, Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA pada 2001 dan muncul sebagai juara keseluruhan.

"Kita tidak mahu menjadi juara keseluruhan dengan memenangi banyak pingat emas dalam acara seperti vovinam, sepak bulu ayam, renang sirip dan sebagainya," kata Zolkples.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan M. Saravanan pada persidangan Dewan Negara hari ini bahawa kertas cadangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) agar Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 akan dibawa ke Kabinet bulan depan untuk kelulusan kerajaan.

Kertas cadangan itu turut memuatkan aspek belanjawan temasya itu yang dijangka menelan belanja RM116 juta.

Zolkples berkata perkara itu telahpun dibincang pada mesyuarat Lembaga Pengelola MSN.

"YB Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) akan membawa kertas kerja perbincangan hari ini kepada Kabinet tidak lama lagi, mungkin selepas Hari Raya untuk mendapat sokongan dan persetujuan.

"Bagaimanapun, kita perlu berbincang secara terperinci dengan MOM tentang perkara seperti venue dan aspek logistik," katanya.

Brunei sepatutnya menjadi pengelola Sukan SEA pada 2017 tetapi ia hanya bersedia berbuat demikian pada 2019.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...