Skip to main content

Tak tahan latihan

Kuala Lumpur: “Kadang-kala ada pemain terpaksa berbuka puasa di tepi gelanggang saja”.
Itu antara cabaran bulan Ramadan perlu diharungi barisan pemain sepak takraw negara yang menjalani latihan bersama tiga kelab Thailand iaitu Chonburi, Kalasin dan Nakhon Pathom.

Selain itu menurut sumber, pemain juga menjalani latihan seperti biasa dengan sesetengah kelab mempunyai dua sesi latihan yang berlangsung pada sebelah pagi dan petang. “Kenapa masalah ini berlaku sekarang (menghilangkan diri), kenapa tidak dulu (sejak program bermula pada April),” kata sumber itu.
Isu pemain negara menghilangkan diri dari kelab Thailand dan pulang ke tanah air menarik perhatian pelbagai pihak dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sudah menggantung sementara tekong berbakat negara, Zulkifli Abd Razak yang menjadi pemain utama kelab Nakhon Pathom.

Zulkifli antara lima pemain yang dikenakan surat tunjuk sebab PSM bagi menjawab tuduhan dan dakwaan terhadap mereka dengan pilihan hukuman menanti antaranya digugurkan, digantung atau diturunkan ke skuad elit B.

Sementara itu Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail berkata: “Saya sudah membuat keputusan tidak mahu mengumumkan nama mereka kerana ia membabitkan maruah dan sebagainya. Bagaimanapun mereka perlu menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan dua hari lalu (Sabtu) yang perlu dibalas dalam tempoh 14 hari mengikut peraturan ditetapkan.” Ditanya mengenai jumlah sebenar pemain yang bertindak meninggalkan kelab di Thailand, beliau berkata tidak perlu baginya mendedahkan secara terperinci namun mengaku ada pemain yang balik ke Malaysia tanpa pengetahuan PSM dan kelab yang diwakilinya di Thailand.

FotoAKSI pemain Malaysia, Nazirul Akmal (kiri) melakukan rejaman sambil pemain Myanmar melakukan tampanan, kelmarin.
“Saya rumuskan, semuanya berkaitan dengan sikap, disiplin dan komitmen yang semakin berkurangan. Sudah enam tahun saya cuba membawa masuk pemain dalam Liga Takraw Thailand (LTT) namun selepas pertama kali berjaya tahun ini sebaliknya pula yang berlaku. Mungkin pemain tidak nampak betapa bagusnya program yang dirancang ini.

“Peringkat awal program semuanya berjalan lancar namun bermula Ramadan macam-macam alasan saya dapat tahu. Saya pernah turun ke sana bagi memberikan motivasi dan semangat,” katanya yang hadir menyaksikan final Kejohanan Jemputan Lima Negara awal pagi semalam.
Bagaimanapun Ahmad berkata, selepas mengadakan perbincangan dan memujuk pemain, hanya seorang (Zulkifli) yang tidak akan meneruskan program di Thailand yang dijangka berakhir pertengahan bulan depan.

Tindakan tegas PSM turut mendapat sokongan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong yang menyatakan, tiada tolak ansur dalam perkara membabitkan disiplin.

Kejohanan jemputan acara berpasukan itu yang berlangsung di MSN Keramat, awal pagi semalam menobatkan Myanmar sebagai juara apabila menewaskan skuad negara, 2-1 sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai persiapan ke Sukan SEA pada Disember.



Oleh Azlan Muhammad Zain, Arena - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...