Skip to main content

Tidak bangga jika ranking rendah: Khairy


Seremban: Sikap pegawai dan jurulatih bola sepak kebangsaan yang berterusan menganggap kedudukan pasukan negara dalam ranking dunia tidak penting terus mengundang rasa kurang senang Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata, mana-mana pasukan bola sepak di dunia sentiasa memburu kedudukan terbaik ranking dunia kerana itu penilaian sebenar atau penanda aras terhadap kekuatan sesebuah pasukan kebangsaan.

“Justeru, pasukan kita juga akan dinilai melalui prestasi beraksi di kejohanan besar seperti kelayakan Piala Dunia, Piala Asia, Sukan SEA dan sebagainya.
“Kita dapati mana-mana pasukan kebangsaan yang berjaya di kejohanan besar selalunya menduduki ranking tinggi di dunia dan tidak boleh kita katakan kedudukan kita (pasukan kebangsaan) dalam ranking dunia itu tidak penting.

“Saya setuju kedudukan itu bukan segala-galanya kerana jika dapat ranking nombor satu tidak semestinya menang Piala Dunia, tapi ia ada persamaannya iaitu negara yang tinggi ranking akan berjaya dalam kejohanan besar atau pertandingan bertaraf antarabangsa.

“Kalau kita menafikan ranking dunia itu tidak penting, saya nampak ia bukan perkara yang produktif,” katanya mengulas kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terutama ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Datuk K Rajagobal, yang berterusan mengatakan ranking dunia bukan urusan sebenar prestasi skuad bimbingannya itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Rakan Muda Ihya Ramadan Peringkat Negeri Sembilan 2013, di Masjid At-Taqwa Paroi, malam kelmarin.

Menurut Khairy jika FAM dan Rajagopal menyifatkan cukup dengan sekadar menentang pasukan berstatus amatur ketika sedang membuat persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015, tetapi rakyat akhirnya akan menilai prestasi pasukan kebangsaan melalui kedudukan Malaysia di ranking dunia.
“Takkan kita boleh berbangga dengan kedudukan ranking pasukan kebangsaan di kedudukan ranking ke-159 itu.

“Jadi, kita kena cari pendekatan yang lebih seimbang ketika hendak membuat eksperimen antara bermain dengan kelab atau pasukan berstatus amatur serta kelas A.

“Kita juga harus bermain dalam perlawanan persahabatan berstatus kelas A sebab penanda aras kita dengan pasukan negara lain bukannya dengan pasukan kelab, apatah lagi yang berstatus amatur,” katanya.



Oleh Mohd Amin Jalil, Arena - Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...