Skip to main content

Atlet perlu bersedia sebarang kemungkinan

KUALA LUMPUR - Kelemahan penganjuran terutama dari segi gelanggang pertandingan bukan alasan buat atlet negara untuk tidak memberikan persembahan terbaik menjelang Sukan SEA 2013 Myanmar yang akan berlangsung pada 11 hingga 22 Disember ini.

Menurut Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, mereka masih lagi mengenal pasti beberapa masalah yang terdapat di Myanmar dan mereka tidak menolak kemungkinan keadaan gelanggang bakal menjadi masalah buat negara bertanding.

“Ada sesetengah gelanggang yang mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh atlet namun sebagai atlet antarabangsa mereka sudah pasti boleh mengatasi masalah tersebut," katanya kepada dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-27 Myanmar Sesi Pertama semalam.

Jelasnya, semua perkara tidak semestinya sempurna dan kekurangan bagi sesebuah acara adalah sebahagian daripada karier seseorang atlet tersebut.

“Myanmar akan mengadakan temasya ini di dua tempat yang berasingan, sudah pasti ada lokasi yang gelanggangnya baru disiapkan dan ada yang menggunakan gelanggang lama. Bagaimanapun saya mahu semua pegawai dan atlet dapat menyesuaikan diri dan fleksibel mengenai masalah ini.
“Tidak kira masalah kemudahan, pengadilan, pemakanan dan tempat tinggal semua kontinjen akan menghadapi masalah yang sama," ujarnya yang mengakui tidak ada masalah besar yang dilihat mampu mengganggu kontinjen Malaysia di temasya rantau Asia Tenggara itu.

Kata Tunku Imran, sudah ramai wakil dari Malaysia yang meninjau keadaan di sana termasuk Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi tetapi ia sama seperti penganjuran negara lain, Myanmar masih lagi sedang mempersiapkan diri untuk menjadi tuan rumah.

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...