Skip to main content

Nicol Berharap Skuasy Terpilih Untuk Disenaraikan Dalam Sukan Olimpik 2020

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha untuk meletakkan skuasy sebagai satu daripada acara yang dipertandingkan pada sukan Olimpik 2020 adalah satu keutamaan untuk semua ahli sukan itu, kata pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David.

"Melihat skuasy di Olimpik akan menjadi kebangaan kepada semua anggota keluarga skuasy.

"Hanya 12 hari lagi (sebelum pengumuman rasmi oleh Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC)) sebelum kami mengetahui jawapannya dan saya harap skuasy akan terpilih," kata Nicol ketika ditemui selepas dilantik sebagai duta jenama untuk KLM Royal Dutch Airlines, di sini Rabu.

Pada 29 Mei, IOC mengumumkan bahawa badan pentadbir menyenarai pendek tiga sukan untuk dimasukkan dalam Sukan Olimpik 2020, iaitu skuasy, gusti dan bola lisut.

IOC dijangka memutuskan perkara itu selepas pengundian di Buenos Aires, Argentina pada 8 Sept.

Bagaimanapun, Nicol berkata beliau tidak boleh berada di Buenos Aires bersama-sama wakil Persekutuan Skuasy Dunia yang lain untuk mendengar keputusan akhir IOC itu.

"Saya berada di sini (di Kuala Lumpur) untuk bermain dalam Terbuka Malaysia (pada 10 hingga 15 Sept)," kata Nicol.

Sementara itu dalam acara berasingan di Pusat Skuasy Negara di Bukit Jalil, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berjanji memberikan sokongan dan bantuan yang dipelukan sukan itu dalam usaha untuk disenaraikan dalam Olimpik 2020.

"Masih ada peluang dan kami akan membantu dalam apa cara yang mungkin untuk membolehkan sukan skuasy terpilih untuk Olimpik," katanya.

Khairy berkata beliau percaya jika skuasy dipilih ia akan meningkatkan sukan itu di negara ini.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...