Skip to main content

Skuad Hoki Mampu Bangkit, Teruskan Misi Buru Gelaran Juara Piala Asia - Zolkples

IPOH, 26 Ogos (Bernama) -- Ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong meminta skuad hoki kebangsaan segera bangkit daripada kekalahan untuk meneruskan misi memburu gelaran juara Piala Asia buat julung kali.

Malaysia gagal mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan menentang Pakistan semalam setelah tumpas 1-4 kepada juara tiga kali Piala Asia itu.

Pada aksi pembuka tirai Sabtu lepas, Malaysia berjaya mencipta kemenangan besar apabila dengan mudah membelasah Taiwan 10-2.

"Pemain kita berjaya menunjukkan prestasi permainan yang baik semalam, namun sedikit kebocoran pada pertahanan telah membuka peluang kepada Pakistan untuk menjaringkan empat gol walaupun pada awalnya kita menguasai permainan apabila Muhammad Razie Abdul Rahim membuka jaringan pada minit ke-26," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata Pakistan dan India merupakan sebuah pasukan yang kuat namun ia tidak mematahkan semangat pasukan negara untuk terus berusaha bagi menjulang Piala Asia.

Zolkples berkata beliau yakin dengan kemampuan skuad bimbingan Paul Revington untuk kembali bangkit pada perlawanan akhir peringkat kumpulan A menentang Jepun esok (Selasa) memandangkan pasukan negara masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

"Revington sendiri telah memberi jaminan bahawa beliau mampu membaiki kelemahan yang ada dalam skuad kebangsaan, jadi saya fikir kita tidak mempunyai alasan untuk kalah pada aksi menentang Jepun esok," katanya.

Beliau menasihati pemain agar tidak cepat putus asa dan segera bangkit kerana persembahan mereka semakin bagus serta mempunyai keupayaan untuk beraksi dengan lebih baik selepas ini.

Zolkples berkata beliau turut berpuas hati dengan kehadiran penonton yang memenuhi stadium Hoki Sultan Azlan Shah sepanjang berlangsung kejohanan itu.

"Kehadiran ramai penonton ke stadium memberi isyarat bahawa sukan hoki semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan saya harap mereka akan terus datang memenuhi stadium untuk memberi sokongan kepada skuad hoki kebangsaan kita," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...