Skip to main content

Ugutan Koo-Tan



Kuala Lumpur: Tiada siapa mahu mengesahkan, namun Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dikatakan mengugut untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya mereka tidak tersenarai ke Siri Super Terbuka Jepun, pada 17-22 September.
Apa agaknya reaksi Presiden Tengku Mahaleel Tengku Ariff (gambar) dengan perkembangan ini kerana perbuatan menggertak jurulatih mahupun persatuan, dikatakan lumrah di kalangan pemain senior.

Mungkin Kien Keat-Boon Heong berasa mereka bertaraf ‘bintang’ berbanding pemain lain meskipun pada hakikatnya, tiada kejuaraan dihadiahkan gandingan itu.
Jika benar, ini bukan kali pertama gandingan terbabit dikatakan mengugut atau menggertak persatuan tetapi tidak pernah diambil tindakan tatatertib di bawah pentadbiran BAM sebelum ini hingga menjadikan mereka membuat ugutan sebegitu.

Pengurus Besar BAM Kenny Goh ketika dihubungi berkata, beliau tidak mendapat sebarang maklumat sebegitu manakala ketua jurulatih beregu Tan Kim Her gagal dihubungi.

Kien Keat-Boon Heong kini berada di India menyertai Liga Badminton India (IBL) bersama ramai lagi pemain Malaysia.
Mungkin sudah tiba masanya BAM bertegas dengan gandingan ini dan memberi fokus kepada pemain lain untuk melonjakkan semula acara beregu lelaki.

Sebelum ini, ada laporan mendakwa gandingan itu mengugut meninggalkan BAM dan badan induk badminton negara itu pula dikatakan bimbang keranaakan turut kehilangan penaja Yonex sekiranya Kien Keat-Boon Heong keluar.
Selain Yonex, jenama lain seperti Li Ning dan Victor juga difahamkan pernah merisik untuk menaja pasukan kebangsaan.

Dalam pada itu, BAM perlu menilai sedalam-dalamnya mengapa ugutan itu dibuat semata-mata kerana mereka mahu beraksi di Jepun. Mungkin sudah tiba masanya Tengku Mahaleel membersihkan BAM daripada elemen negatif sebegitu.



Oleh Mohd Hilmie Hussin, Arena Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...