Skip to main content

Khairy Saran Rashid Kembali Ke BAM

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta Rashid Sidek menimbangkan keputusannya meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menyifatkan isu itu sudah selesai, beliau berkata Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff memaklumkan kepadanya bahawa badan induk itu menerima penjelasan Rashid dan seorang lagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seuy Bock berhubung laporan kedua-dua mereka mengikat kontrak bersama Liga Badminton India (IBL).

"Ini hanya salah faham...Rashid perlu masa untuk memikirkan dan saya harap Rashid akan kembali ke BAM kerana beliau sangat serasi dengan Datuk Lee Chong Wei (jaguh badminton negara)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Persekutuan Perubatan Sukan Asia ke-13 di sini Khamis.

Khamis lepas, Rashid membuat keputusan meletak jawatan dalam BAM gara-gara tidak berpuas hati dengan perubahan yang dibuat oleh Pengarah Kumpulan Pengurusan Bakat (TMG) Tan Aik Mong terutama dalam sistem kejurulatihan.

Mengulas isu peletakan jawatan Aik Mong dua hari lepas, Khairy berkata beliau difahamkan keputusan yang dibuat bekas pemain negara itu adalah kerana tidak mahu terus terlibat dengan kontroversi dan polemik berhubung sistem kejurulatihan BAM.

Aik Mong, 63, yang merupakan bekas pemain kebangsaan era 70-an, membuat keputusan meletak jawatan sebagai TMG, dipercayai mempunyai kaitan dengan langkah BAM mengembalikan sistem lama.

"Tengku Mahaleel beritahu saya bahawa beliau membuat perancangan baharu dalam sistem kejurulatihan. Aik Mong sebenarnya membantu pada awalnya secara sukarela dan disebabkan tidak mahu terlibat dengan kontroversi itu, beliau (Aik Mong) setuju untuk berundur," kata Khairy.

Khairy berkata beliau menyokong perubahan yang dibuat oleh BAM dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang andaian negatif.

"Perkara ini sudah selesai, semua orang mahu BAM melahirkan pengganti Chong Wei. Apa yang cuba Tengku Mahaleel dan Aik Mong buat adalah untuk memembentuk struktur kejurulatihan yang baharu," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...