Skip to main content

Chong Wei Mudah Mara Ke Suku Akhir Terbuka Perancis

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan menggalas cabaran negara bersama dua beregu lelaki dan beregu campuran negara pada suku akhir Kejohanan Terbuka Perancis di Stadium Pierre De Coubertin, Paris.

Pada saingan pusingan kedua Khamis , Chong Wei, tidak menghadapi masalah untuk mengatasi Ajay Jayaram dari India dengan keputusan 21-18 dan 21-18 dalam masa 45 minit.

Chong Wei, selaku pilihan utama kejohanan, akan berjumpa dengan pemain veteran Thailand, Boonsak Ponsana, yang terpaksa berkerja keras untuk mengalahkan K. Srikanth dari India dengan keputusan 15-21, 21-18 dan 21-15 untuk mara ke suku akhir, demikian menurut laman web kejohanan www.yonexifb.com.

Beregu utama negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mudah mengatasi beregu Jerman, Micheal Funchs/Johannes Schoettler dalam straight set 21-19 dan 21-19 dalam masa 43 minit untuk mara ke pusingan suku akhir.

Kien Keat/Boon Heong, yang juga beregu pilihan keempat, dijadualkan bertemu Chris Adcock/Andrew Ellis dari England yang menewaskan lawan mereka Kim Ki Jung/Kim Sa Rang dari Korea Selatan 22-20, 19-21, 21-18.

Satu lagi beregu kebangsaan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong turut mara ke suku akhir dan akan berdepan tentangan sengit oleh beregu pilihan utama kejohanan, Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan.

Terdahulu, Thien Hoe/Wee Kiong menundukkan Chan Yun Lung/Lee Chun Hei dari Hong Kong dalam masa 32 minit dengan keputusan straight set 21-18 dan 21-18. Beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying memberikan aksi cemerlang apabila layak ke suku akhir dengan menewaskan Chris Langrinde/Heather Olver dari England, 21-18 dan 21-17 dalam masa 46 minit.

Peng Soon/Liu Ying akan menentang beregu pilihan utama kejohanan iaitu Zhang Nan/Zhao Yunlei dari China pada perlawanan seterusnya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar pemain wanita dalam acara perseorangan dan beregu pada kejohanan siri super bernilai US$200,000 (RM631,530) itu.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...