Skip to main content

Tujuh Pemain Luar Antara 26 Pemain Dalam Skuad Latihan Harimau Muda A

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Tujuh pemain luar merupakan antara 26 pemain yang disenaraikan oleh ketua jurulatih skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee untuk menjalani latihan pusat sebagai persediaan menghadapi kejohanan jemputan dan perlawanan antarabangsa.

Tujuh pemain berkenaan ialah Mohammad Nasir Basharuddin yang beraksi bersama Perak, S.Sivanesan (Negeri Sembilan), Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Muhammad Safwan Hashim (Angkatan Tentera Malaysia), Ashri Chuchu (Sarawak) serta dua pemain Harimau Muda B (bawah 21 tahun), Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris dan Muhammad Ridzuan Abdunloh Pula.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan Isnin berkata kesemua 26 pemain berkenaan perlu melaporkan diri kepada Kim Swee di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selasa.

Skuad kebangsaan bawah 23 tahun itu bakal menyertai kejohanan jemputan Piala Bank for Investment and Development of Cambodia dari 31 Okt hingga 10 Nov ini di Phnom Penh, Kemboja.

Kejohanan berkenaan disertai oleh enam negara iaitu Thailand, Myanmar, Vietnam, Laos, Malaysia serta Kemboja selaku tuan rumah.

Selepas kejohanan berkenaan, skuad berkenaan akan mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan Jordan bawah 23 tahun di Amman, Jordan pada 12 dan 14 Nov ini.

Dua perlawanan tersebut akan menjadi medan terakhir skuad Harimau Muda A sebelum berdepan misi getir bagi mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA Myanmar, Disember ini.

Senarai 26 pelatih:

Mohammad Nasir Basharuddin (Perak); S.Sivanesan (Negeri Sembilan); Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu); Muhammad Safwan Hashim (ATM); Ashri Chuchu (Sarawak); Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris, Muhammad Ridzuan Abdullah Pula (kedua-duanya Harimau Muda B); Shahrul Mohd Saad, Mohd Irfan Fazail, A. Thamil Arasu

Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Ahmad Hazwan Bakri, D. Saarvindran, Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Saiful Ridzuwan Selamat, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir, Md Rozaimi Abd Rahman, Muhammad Firdaus Muhammad, Hazwan Abd Rahman, Izzaq Faris Ramlan, Mohd Amer Saidin, Mohd Syahid Zaidon, D. Kenny Pallraj (kesemuanya Harimau Muda A).

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...