Skip to main content

Jangan Jadi Pasukan Belasahan - Tengku Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu skuad hoki remaja negara menampilkan aksi terpuji dan tidak menjadi pasukan belasahan pada Piala Dunia Remaja 2013 di New Delhi, India bulan depan.

Tengku Abdullah menuntut anak buah Mohd Dhamaraj Abdullah itu mempamerkan prestasi cemerlang bagi mencapai sasaran muncul antara enam pasukan terbaik pada kejohanan di Stadium Hoki Major Dhyan Chand dari 6 hingga 15 Dis.

"Saya yakin pasukan ini akan memberi yang terbaik...beri mereka peluang membuktikan prestasi cemerlang...impian saya ialah (pasukan negara) muncul enam pasukan terbaik.

"Saya harap pemain akan berjuang bersungguh-sungguh untuk menjulang nama negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penajaan skuad hoki itu oleh Felda di sini Selasa.

Pasukan hoki remaja kebangsaan itu menerima suntikan tajaan berjumlah RM500,000 daripada Felda.

Pada majlis itu juga, setiap pemain termasuk jurulatih menerima insentif RM4,000 atas kejayaan muncul naib juara pada Piala Sultan Johor, September lepas.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah menghargai komitmen yang ditunjukkan Felda dalam membangunkan sukan hoki menerusi tajaan itu.

Pada Piala Dunia Remaja 2013, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama New Zealand, England dan Afrika Selatan manakala juara bertahan Jerman mengetuai Kumpulan A yang turut merangkumi Pakistan, Mesir dan Belgium.

Kumpulan B membabitkan pasukan Australia, Sepanyol, Argentina dan Perancis manakala Kumpulan C menampilkan saingan antara Korea Selatan, Belanda, India dan Kanada.

Pasukan kebangsaan akan berlepas ke New Delhi pada 1 Dis dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan menentang Jerman pada 3 Dis sebelum membuka tirai bertemu New Zealand pada 6 Dis.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...