Skip to main content

Pandelela Rinong Dinobat Olahragawati Sarawak Kali Kedua

SIBU, 24 Nov (Bernama) -- Ratu terjun negara Pandelela Rinong anak Pamg sekali dinobatkan sebagai Olahragawati Sarawak pada majlis Anugerah Sukan Negeri Sarawak 2011/2012 di sini semalam.

Kali pertama penerjun ini memenangi anugerah tersebut ialah pada tahun 2010.

Pandelela merupakan atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat pada temasya sukan Olimpik apabila berjaya merangkul pingat gangsa acara terjun 10 meter di Olimpik London 2012.

Upacara penyampaian anugerah itu disempurnakan Menteri Muda Perhubungan merangkap Menteri Muda Sukan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Rakan seperjuangan Pandelela, Bryan Nickson Lomas yang juga mempamerkan prestasi cemerlang di peringkat antarabangsa dinobatkan sebagai Olahragawan 2011/2012. Masing masing menerima RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

Kategori Olahragawan Paralimpik dimenangi Jamery Siga dari acara renang manakala Olahragawati Paralimpik menjadi milik Nabilah Ahmad Sherif (badminton).

Kategori Olahragawan dan Olahragawati Harapan masing-masing dimenangi Mohammad Arif Zulhimi Alet (olahraga) dan Angela Chieng (renang).

Kategori Jurulatih Sukan Terbaik disandang Ling Neng Thung (olahraga), Jurulatih Sukan Paralimpik Terbaik (Awang Ismail Zamia Awang Nusi - badminton), Kepimpinan Sukan Terbaik (Moh Wung Ming - bola tampar), Pasukan Lelaki Terbaik (Skuasy), Pasukan Wanita Terbaik (Bola Tampar) dan Persatuan Sukan Terbaik (Persatuan Tenpin Bowling).

Wartawan sukan Utusan Borneo Harry Elias diisytiharkan sebagai Penulis Sukan Terbaik kategori Bahasa Malaysia, Robert Kenneth (kategori Bahasa Inggeris - akhbar The Star) dan Teo Chi Wei ( Bahasa Cina - See Hua Daily News).

Sementara itu bagi kategori khas yang diperkenalkan tahun ini, iaitu Tokoh Sukan Negeri Sarawak dianugerahkan kepada atlet Bumi Kenyalang pertama mewakili negara ke temasya sukan Olimpik Tokyo 1964, mendiang Bala Ditta (olahraga).

Langkah memperkenalkan kategori baharu itu adalah sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Sarawak ke-50 serta menghargai sumbangan atlet dalam mengharumkan nama negara dan pembangunan sukan Sarawak.

Sebanyak 70 pencalonan daripada individu, persatuan dan pasukan sukan dari seluruh Sarawak telah disenarai pendek untuk merebut 18 kategori yang dipertandingkan pada Anugerah Sukan Negeri Sarawak 2011/2012.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...