Skip to main content

Kami seperti anak tiri

SALAH seorang pelumba yang mendakwa PKBM bersikap berat sebelah, Mohd. Zamri Salleh bercakap kepada wartawan selepas dia dan beberapa pelumba profesional lain mengadakan perjumpaan dengan Khairy Jamaluddin di Putrajaya semalam. 
 
PUTRAJAYA - Selepas satu isu, timbul satu lagi rasa tidak puas hati terhadap Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) apabila beberapa pelumba mendakwa mereka selama ini berasa telah dipergunakan dan dilayan seperti anak tiri.

Dakwaan itu serius kerana dibuat di hadapan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar oleh kumpulan sembilan pelumba senior acara lebuh raya dalam pertemuan mereka di sini semalam, yang bertujuan meminta beliau campur tangan.

Salah seorang pelumba yang menyertai perjumpaan itu, Mohd. Harrif Salleh mendakwa, PKBM telah bersikap berat sebelah hingga menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir atlet berbasikal negara yang berasakan mereka tidak diberi layanan secara adil oleh badan induk sukan tersebut.

“PKBM hanya berfungsi untuk pelumba dia sahaja, tetapi pelumba profesional macam saya dan Anuar (Manan) mereka tidak pernah ambil peduli. Walaupun kami berdua telah mencipta banyak kejayaan di pentas antarabangsa, kami tetap tidak diendahkan.

“Setiap kali ada temasya besar seperti Sukan Olimpik atau Sukan SEA, nama kami sering tercicir. Alasan mereka, kami adalah pelumba pecut dan mereka pula lebih memerlukan pelumba acara bukit...kami tidak boleh terima alasan tersebut," katanya ketika kepada wartawan selepas pertemuan itu.

Menurut Harrif, dia dan Anuar, yang merupakan rakan sepasukan dalam Terengganu Cycling Team (TSG) berasa sering dipergunakan oleh PKBM setiap kali mereka berhasrat untuk meraih slot bagi temasya seperti Sukan Olimpik.

“Nama kami akan berada dalam senarai (awal), tetapi apabila tiba masa pemilihan dibuat pelbagai alasan diberi bagi menafikan peluang kami untuk mewakili Malaysia. Walaupun saya merupakan pelumba profesional, saya masih berminat untuk mewakili negara, tetapi peluang tidak diberi," ujarnya.

Anuar pula memberitahu, terdapat beberapa keputusan yang dibuat oleh PKBM boleh dipertikaikan jika mengambil kira pencapaian antara pelumba profesional dan pelumba di bawah PKBM.
“Jurang masih wujud, saya mendapati prestasi kami sebagai pelumba profesional lebih baik daripada pelumba Malaysia. Jika tak ada pilihan saya lebih selesa bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) daripada berurusan dengan PKBM. MSN lebih memahami perkembangan karier kami," tegasnya.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Khairy, Anuar melahirkan rasa terharu terhadap kesudian Menteri Belia dan Sukan itu untuk bertemu dengan pelumba-pelumba lebuh raya yang kini berasakan diri mereka disisihkan oleh PKBM.

“Saya berterima kasih kepada YB (Yang Berhormat) kerana sudi mendengar masalah kami. Saya tidak menyangka beliau sebagai menteri bersedia untuk mendengar keluhan kami ini," katanya.

Sementara itu Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan meneliti segala masalah serta cadangan yang diluahkan oleh barisan pelumba berbasikal lebuh raya negara sebelum dapat mengambil tindakan susulan.

Khairy berkata, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan segera hasil daripada perjumpaan tertutup bersama pelumba berkenaan tanpa mendapatkan pandangan daripada beberapa pihak lain, termasuk PKBM.

“Hasil perjumpaan yang berlangsung pagi tadi (semalam), ada sebahagian daripada mereka yang merupakan pelumba profesional telah meluahkan pandangan serta cadangan bagaimana untuk meningkatkan (kualiti) program acara lebuh raya negara.

“Jadi, saya maklumkan kepada mereka bahawa perkara berkenaan akan dibincangkan bersama wakil PKBM dan pelumba lebuh raya negara pada satu forum khas (nanti)," katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Perdana Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Keempat, 2014 di Kuala Lumpur.



Oleh AIZAWATI AHMAD
aizawati.ahmad@utusan.com.my
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Sukan/20140122/su_01/Kami-seperti-anak-tiri#ixzz2r60THRI8

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...