Skip to main content

KBS Sedia RM122 Juta Untuk SUKMA Perlis 2014 - Khairy

 

KANGAR, 27 Jan (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan peruntukan sebanyak RM122 juta kepada Perlis untuk menganjurkan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17, Mei ini, kata menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM76 juta adalah untuk pembangunan prasarana termasuk menaik taraf kemudahan venue pertandingan dan RM46 juta bagi mengurus temasya sukan tersebut.

Beliau juga berkata setiap kontraktor yang terlibat mengendalikan projek pembinaan atau menaik taraf venue pertandingan diberi tempoh selewat-lewatnya awal April ini untuk menyiapkan kerja masing-masing.

Katanya, hasil pemeriksaan di Kompleks Sukan Negeri di sini, yang menjadikan venue bagi 11 daripada 24 acara sukan, mendapati kerja-kerja menyiapkan kolam renang dan dewan badminton agak membimbangkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja membina dan menaik taraf venue-venue di kompleks tersebut di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat mengenai tahap persediaan tuan rumah menganjurkan temasya itu oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Sekretariat SUKMA Perlis, Saiful Rizal Mohd Shukri.

Berikutan kekangan masa untuk menyiapkan kerja-kerja menaik taraf kolam renang di kompleks tersebut, Khairy tidak menolak kemungkinan acara akuatik dianjurkan di Kedah.

"Pembinaan dewan badminton tidak begitu rumit untuk disiapkan kerana ia merupakan pembinaan dewan biasa tetapi venue kolam renang mungkin tidak dapat memenuhi sasaran masa untuk disiapkan," katanya.

Katanya, keputusan muktamad mengenai kemampuan Perlis menyiapkan venue itu juga perlu diketahui segera kerana jika terpaksa diadakan di Kedah, kerja-kerja menyempurnakan kolam renang di negeri tersebut juga perlu dilakukan.

SUKMA Perlis 2014 dari 24 Mei hingga 4 Jun ini menawarkan 356 pingat emas dalam 24 acara sukan dipertandingkan.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...