Skip to main content

Kim Swee Uji 11 Pemain Baharu Hadapi Liga Queensland

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Sebanyak 11 pemain baharu akan dipanggil bagi menjalani sesi pemilihan skuad Harimau Muda A (Bawah 23) dalam tempoh terdekat, kata ketua jurulatih skuad itu Datuk Ong Kim Swee.

Katanya beliau akan menguji enam pemain daripada pasukan Harimau Muda B (Bawah 21) serta lima pemain daripada pasukan Harimau Muda C (Bawah 19) memandangkan skuad berkenaan bakal beraksi dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Brisbane, Australia dari Mac sehingga Ogos ini.

Selain menguji 11 pemain berkenaan, beliau turut memantau beberapa pemain berpotensi daripada Kejohanan Piala Presiden yang bermula minggu ini untuk dibawa bersama beraksi dalam liga divisyen dua Australia itu.

"Tidak semestinya kesemua pemain akan pergi termasuk sesiapa yang saya pilih daripada Kejohanan Piala Presiden nanti kerana saya harus memberi mereka lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan saya," katanya kepada Bernama Rabu.

Beliau berkata skuad kendaliannya hanya akan bercuti pada Jumaat dan Sabtu ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebelum menyambung semula sesi latihan pada Ahad bagi memastikan para pemain dapat mengekalkan kecergasan masing-masing.

"Kita tidak mempunyai banyak masa lagi sebelum kita bertolak ke Brisbane nanti," kata Kim Swee.

Pada masa yang sama, beliau turut mengharapkan kehadiran Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Jumaat ini menghadirkan tuah untuk skuad kendaliannya memandangkan mereka bakal menggalas cabaran negara pada saingan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan pada September nanti.

Skuad Harimau Muda A kehilangan khidmat beberapa tonggak utama musim ini atas pelbagai faktor termasuk melebihi usia 23 tahun serta tidak menyambung kontrak bersama pasukan remaja negara itu.

Antaranya ialah kapten pasukan Mohd Irfan Fazail, pemain pertahanan Mohd Fadhli Mohd Shas serta penjaga gol Mohd Izham Tarmizi Roslan yang beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) serta penyerang Izzaq Faris Ramlan yang kembali semula ke negeri kelahirannya Terengganu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini dilaporkan sebagai berkata penyertaan skuad Harimau Muda A dalam NPL bertujuan memantapkan persediaan pasukan Malaysia sebelum menghadapi Sukan Asia 2014.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...