Skip to main content

16 Pemain Berpeluang Jejak Kaki Ke Old Trafford

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Sebanyak 16 pemain terbaik daripada Kejohanan Bola Sepak Piala Mamee 1Malaysia akan diberi peluang menjalani latihan selama seminggu di Manchester United Soccer School (MUSS) di Old Trafford, England, April ini.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling berkata usaha tersebut adalah sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu lebih ramai golongan belia diberi peluang menimba pengalaman bersama kelab bola sepak terkemuka di luar negara.

Beliau berkata satu sesi pemilihan akan diadakan pada hari perlawanan akhir kejohanan bawah 19 tahun itu di Stadium Institut Penilaian Negara (Inspen) di Bangi, Selangor, 2 Mac ini.

"Kita akan memanggil seorang bekas jurulatih kebangsaan bagi memilih pemain terbaik menerusi beberapa ujian dari segi kecergasan dan kemahiran," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Di samping menjalani latihan di MUSS, Ung berkata pemain juga berpeluang menyaksikan beberapa perlawanan membabitkan pasukan Manchester United di Stadium Old Trafford nanti.

Selain berpeluang menunjuk bakat bermain bola sepak, para pemain juga berpeluang mengikuti klinik bola sepak bersama bekas lagenda kelab ternama itu Quinton Fortune di sini, 25 Feb ini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kejohanan tersebut, Ung berkata tema kejohanan tersebut adalah 'Bukan Hanya Sekadar Piala' mengajak golongan belia bersukan bukan hanya mahu muncul sebagai juara di samping memupuk semangat setiakawan dalam kalangan belia pelbagai kaum di negara ini.

"Kita mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila sebanyak 80 pasukan dari seluruh negara menyertai kejohanan kali pertama ini yang bermula sejak November tahun lepas.

Beliau berkata penonton bertuah yang hadir pada final juga berpeluang untuk merebut jersi yang ditanda tangani penyerang Manchester United, Robin van Persie.

Sebanyak 10 pasukan iaitu juara dan naib juara peringkat zon Utara, Timur, Selatan, Tengah dan Malaysia Timur akan bersaing pada pusingan grand finals selama empat hari mulai Isnin ini manakala final pada 2 Mac ini.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...