Skip to main content

Peluang Cerah Untuk Olivia Tai Raih Slot Ke Sukan Olimpik Remaja

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Gimnas negara Olivia Tai Qing Tong mempunyai peluang cerah untuk muncul empat gimnas Asia terbaik melayakkan diri ke Sukan Olimpik Remaja 2014 di Nanjing, China, Ogos ini.

Secara keseluruhan, Tai menduduki tempat ketiga selepas bersaing dalam empat disiplin pada pusingan kelayakan individu pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Empat disiplin yang dipertandingkan ialah gelung, belantan, bola dan riben.

Di atas kertas, Tai berkongsi kedudukan dengan Nilufar Shomuradova dari Uzbekistan dengan jumlah mata yang sama iaitu 42.150.

Keputusan semasa menunjukkan Yelizaveta Mainovskaya dari Kazakhstan menduduki tempat pertama dengan pungutan 42.800 mata dan Anora Davlyatova dari Uzbekistan berada pada kedudukan kedua dengan 42.400 mata.

Pengurus pasukan Dr Farrah Hani Imran berkata pihaknya masih menunggu keputusan rasmi daripada Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) berhubung keputusan tersebut.

"Saya berpuas hati dengan pencapaian Tai dan gimnas yang lain hari ini, mereka telah buat yang terbaik untuk negara. Tetapi kami masih menunggu pengumuman rasmi daripada pihak FIG," katanya kepada pemberita, Sabtu.

Pada final berpasukan, trio negara yang diwakili oleh Tai, Shasangari Sivaneswary dan Koi Sieyan menduduki tempat keempat dengan pungutan 131.150 mata daripada 12 negara yang mengambil bahagian.

Pingat emas dimenangi oleh trio Uzbekistan (Nilufar Shomuradova/Jasmin Yusupova/Anora Davlyatova) dengan 140.350 mata diikuti Kazakhstan (Yelizaveta Mainovskaya/Veronika Lyssogor/Anna Maximova) meraih pingat perak dengan 137.050 mata.

Trio Jepun (Ayuka Suzuki/Takana Tatsuzawa/Haruna Igarashi) meraih pingat gangsa dengan 134.500 mata.

--BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...