Skip to main content

Nicol Buka Langkah Kanan Untuk Kejuaraan Kelapan Dunia

GEORGE TOWN, 18 Mac (Bernama) -- Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David memulakan misi memburu kejuaraaan kelapan Kejohanan Wanita Dunia CIMB ke-29 apabila melangkah ke pusingan kedua di sini malam ini.

Pemain nombor satu dunia itu menepati ramalan apabila hanya memerlukan masa 36 minit untuk menyingkirkan pemain bukan pilihan dari England, Emma Beddoes 11-9, 11-5 dan 11-8.

"Penonton memang hebat...terima kasih atas sokongan anda," kata Nicol, 30, yang teruja untuk menghadiahkan kejuaraan dunia untuk peminat di tempat kelahirannya di sini.

Nicol merupakan juara dunia sebanyak tujuh kali iaitu pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Pada pusingan kedua, Nicol akan berdepan dengan pemain berusia 23 tahun, Heba El Torky, Khamis ini selepas pemain Mesir bukan pilihan itu mengejutkan pemain pilihan ke-11 Annie Au.

Heba mengalahkan pemain veteran Hong Kong itu dengan keputusan 13-11, 4-11, 11-7, 11-8.

Dalam satu lagi saingan pusingan pertama, pemain nombor 19 dunia, Nicolette Fernandes dari Guyana bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menyingkirkan pemain nombor 15 dunia Rachael Grinham dari Australia.

Ketinggalan 4-11 dan 6-11 tidak mematahkan semangat Nicolette, 30, untuk bangkit semula sebelum mengatasi Rachael dengan 12-10, 11-8 dan 11-7 dalam pertarungan selama 63 minit.

Dalam pada itu, pemain nombor dua negara Low Wee Wern, yang juga pemain nombor enam dunia, dan pemain amatur negara Vanessa Raj, yang layak ke undian utama atas tiket 'wildcard' akan memulakan cabaran esok.

Wee Wern, anak kelahiran Pulau Pinang, akan berdepan dengan pemain Australia, Donna Urquhart manakala Vanessa bertemu pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...