Skip to main content

Pandelela Bertambah Yakin Selepas Menang Dua Perak Kejohanan Dunia

KUCHING, 25 Mac (Bernama) -- Ratu terjun negara Pandelela Rinong kini semakin yakin untuk bersaing dengan dua pencabar terbaik dunia iaitu Liu Huixia dari China dan Filion Roseline dari Kanada setelah beliau berjaya memperoleh pingat perak kedua pada pusingan kedua Kejohanan Siri Dunia Fina di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Ahad.

"Sangat-sangat gembira kerana bukan sahaja kerana saya berjaya memenangi pingat perak semalam tapi ia adalah pingat perak kedua berjaya saya menangi dalam acara yang sama dalam siri Dunia Fina tahun ini," kata penerjun berusia 21 tahun dari Sarawak ini ketika dihubungi.

Pada pusingan pertama kejohanan di Beijing awal bulan ini, Pandelela merangkul pingat perak dalam acara individu 10 platform dan pingat gangsa bagi acara 10m berpasangan berirama bersama Leong Mun Yee.

"Selepas berjaya memenangi pingat perak di pusingan pertama di Beijing minggu lepas, saya sememangnya lebih berkeyakinan di kejohanan di sini (Dubai).

"Saya memberi sepenuh tumpuan terhadap terjunan saya dan gembira semuanya berjaya dilakukan dengan baik.

"Dengan dua kemenangan pingat perak, kini saya lebih yakin untuk meneruskan pusingan ketiga yang akan diadakan di London dari 25 hingga 27 April," katanya.

Pandelela berkata sasaran beliau ialah untuk memperbaiki terjunan dan berharap untuk memberi saingan kepada Huixia di London nanti.

Huixia mengekalkan pingat emas yang dimenanginya dalam pusingan pertama selepas mendapat 400.70 mata sementara Filion Roseline mendapat gangsa dengan 355.20 mata.

Kejohanan pusingan ketiga akan diadakan di Rusia dari 2 hingga 4 Mei, diikuti di Kanada (30 Mei hingga 1 Jun) sebelum berakhir di Mexico (6 hingga 8 Jun).

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...