Skip to main content

Liga Badminton Profesional Bantu Cungkil Bakat Baharu - Khairy


KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Penubuhan Liga Badminton Profesional pertama negara, 'Malaysia Purple League' (MPL), dibuat selaras dengan usaha mengekalkan Malaysia sebagai kuasa besar badminton dunia.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata penganjuran kejohanan badminton secara liga itu juga dapat membantu dalam pencarian bakat baharu bagi mengganti pemain handal negara seperti Datuk Lee Chong Wei.

Malaysia merupakan antara tiga negara terbaik dalam acara badminton selain China dan Korea Selatan.

"Melalui program ini, ia memberi cabaran buat pemain muda untuk beraksi bersama bekas pemain atau pemain profesional. Kita juga perlu pastikan kelab-kelab dan sekolah terus mencari bakat baharu untuk diketengahkan.

"Jika bakat baharu dicungkil misalnya sejak usia 10 tahun dan dilatih dengan betul, selepas 10 tahun negara akan menerima seorang lagi Chong Wei," katanya ketika berucap merasmikan penubuhan liga badminton itu di Sentosa Sports Arena di sini, hari ini.

Buat permulaan, MPL akan disertai 12 kelab dan bilangannya dijangka bertambah.

Musim MPL dijadual berlangsung dari Septemper ini hingga Februari tahun depan dengan turut melibatkan penyertaan pemain luar negara.

Dengan tawaran hadiah wang tunai RM2 juta, MPL ialah liga yang membuka peluang kepada pemain badminton profesional dan amatur mendapatkan pengalaman bersaing antara satu sama lain.

Usaha penganjuran MPL dilihat sebagai platform yang sesuai untuk mewujudkan platform bagi bekas pemain badminton negara untuk meneruskan penglibatan dalam sukan itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden BAM Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata MPL merupakan langkah positif bagi meluaskan skop pencarian bakat baharu badminton.

"Ini merupakan permulaan dan saya kira, kita juga harus melihat dari segi kapasiti mereka...sejauh mana mereka (MPL) mampu lakukan. Kalau boleh, kita mahu MPL membantu kita dalam mengembangkan pembangunan pemain dari peringkat akar umbi," katanya.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...