Skip to main content

Malaysia Diaibkan Perancis 2-3

KUANTAN, 26 April (Bernama) -- Malaysia menerima tamparan hebat pada kempen Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 apabila kalah 3-2 kepada Perancis pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini Sabtu malam.

Perancis, yang menduduki ranking ke-17 dunia, bermula garang apabila Olivier Sanchez membuka jaringan menerusi gol padang pada minit ke-34 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia menggandakan usaha sebaik sahaja bermula babak kedua sebelum menyamakan kedudukan menerusi Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil pada minit ke-44.

Enam minit kemudian, Malaysia merampas kedudukan pendahulu menerusi jaringan padang oleh Faizal Saari pada minit ke-50.

Kegembiraan Malaysia bagaimanapun tidak kekal lama apabila Perancis menyamakan kedudukan 2-2 menerusi pukulan sudut penalti yang dilakukan oleh Victor Charlet pada minit ke-53.

Selang tiga minit kemudian, Hugo Genestet muncul wira apabila mengesahkan kemenangan Perancis dengan jaringan penalti strok pada minit ke-64.

Jurulatih negara Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata nasib tidak menyebelahi pasukannya yang menduduki ranking ke-13 dunia.

"Kita telah cuba dengan sedaya upaya memperbaiki kelemahan yang ada namun disebabkan terlalu bermain dengan berhati-hati dan ditambah keadaan pemain gugup ekoran perlawanan pertama saya tidak menyalahkan mereka.

"Apa yang lebih penting selepas ini kita akan perlu memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Korea Selatan esok," katanya.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, naib juara dua kali, Korea Selatan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 3-3 dengan Kanada.

Dalam saingan Kumpulan A, New Zealand mengalahkan Ireland 2-1 dan Jepun pula berjaya mengatasi Poland 3-2.

Pada perlawanan kedua saingan peringkat kumpulan esok, Malaysia menentang Korea Selatan, Kanada bertemu menentang Perancis.

Aksi kumpulan A pula menyaksikan Jepun menentang New Zealand dan Ireland bertemu Poland.

--BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...