Skip to main content

Kejohanan Dunia BWF 2014 Pentas Terbaik Chong Wei Sebelum Bersara



COPENHAGEN (Denmark), 24 Ogos (Bernama) -- Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 yang bermula Isnin di Ballerup Super Arena, di sini merupakan medan terbaik Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan sulungnya sebelum bersara daripada arena badminton.

Hampir kesemua kejuaraan sudah berada dalam kabinet kemenangan jaguh badminton negara berusia 31 tahun itu melainkan tiga kejohanan -- Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia -- yang masih belum dicapai.

Peluang terbaik perseorangan lelaki nombor satu dunia itu meraih kejuaraan dunia hadir pada 2011 di London, England dan 2013 di Guangzhou, China namun impian berkenaan tidak kesampaian selepas disekat musuh tradisinya yang juga bekas pemain nombor dua dunia, Lin Dan dari China.

Chong Wei kalah kepada Lin Dan dalam aksi tiga set pada 2011 manakala dua tahun kemudian, kekejangan otot yang dialami ketika bertemu pemain yang sama pada set penentuan ketika permainan terikat 1-1, meleburkan harapannya bagi meraih kejuaraan dunia yang pertama.

Ketiadaan Lin Dan yang tidak layak beraksi tahun ini kerana berada di tangga tercorot ranking dunia, sewajarnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Chong Wei yang baru sahaja pulih daripada kecederaan pangkal paha dialaminya pada Kejohanan Siri Super Terbuka Indonesia, awal tahun ini.

Chong Wei yang masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan itu jelas tidak mahu terburu-buru dalam mengintai terus slot ke final, sebaliknya mahu memberikan fokus dalam setiap perlawanan yang dihadapinya.

Anak jati Pulau Pinang itu yang mula menyertai Kejohanan Dunia pada edisi 2005 di Amerika Syarikat mengakui walaupun laluan di atas kertas nampak mudah, beliau tidak akan memandang rendah setiap lawannya yang dianggap boleh melakar kejutan.

"Saya tidak beraksi hampir dua bulan dalam mana-mana kejohanan kompetitif berikutan kecederaan (pangkal paha) yang sama alami, jadi perlawanan peringkat awal adalah penting untuk saya mendapat rentak dalam kejohanan ini.

"Walaupun saya belum pulih sepenuhnya namun sasaran saya untuk memenangi kejuaraan dunia yang pertama tidak pernah berubah. Ini merupakan peluang terbaik saya dan saya akan berusaha untuk meraihnya," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita di venue kejohanan pada Sabtu.

Undian yang dijalankan pada 11 Ogos lepas di Kuala Lumpur jelas memperlihatkan sandaran utama negara itu tidak berdepan masalah untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat suku akhir edisi ke-21 kejohanan.

Sekiranya mara ke suku akhir, beliau dijangka berdepan pilihan ke-12, Wang Zhengming dari China atau Kento Momota dari Jepun yang diundi selaku pilihan ke-13.

Berbanding Chong Wei, tiada banyak sandaran yang diletakkan kepada seorang lagi perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng yang diletakkan selaku pilihan ke-16 dengan semifinalis Sukan Komanwel 2014, Rajiv Ouseph dari England menantinya pada pusingan pertama.

Dalam pada itu, kehadiran semula Koo Kien Kiat yang keluar daripada persaraannya, baru-baru ini bagi membantu Tan Boon Heong dalam beregu lelaki menjadi persoalan mengenai kemampuan mereka yang saling bertukar pasangan sejak beberapa tahun lepas.

Beregu yang bersilih ganti pasangan itu pernah melangkah ke final pada edisi 2010 di Paris, Perancis namun kalah kepada bekas beregu nombor satu dunia dan juara Olimpik, Cai Yun/Fu Haifeng dari China.

Selain tiga pemain ini, cabaran Malaysia pada kejohanan ini disandarkan juga kepada 10 wakil negara yang lain.

Mereka ialah Goh V Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (beregu lelaki); Tee Jing Yi dan Sannatasah Saniru (perseorangan wanita); Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei, Ng Hui Lin/Ng Hui Ern, Lee Meng Yean/Lim Yin Loo dan Amelia Alicia Anscelly/Fie Cho Soong (beregu wanita) serta Tan Aik Quan/Lai Pei Jing dalam acara beregu campuran.

Ini merupakan kali keempat Denmark dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Dunia selepas 1983, 1991 dan 1999.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi mana-mana gelaran dalam Kejohanan Badminton Dunia yang mula diperkenalkan pada 1977 di Malmo, Sweden.

Daripada Mazani Chan Yat Sin --BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...