Skip to main content

Muhamad Zarif Lengkapkan Tiga Pingat Negara Di YOG 2014



NANJING (China), 24 Ogos (Bernama) -- Pemanah pelapis negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli berjaya melengkapkan sasaran tiga pingat di temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) selepas meraih pingat perak dalam acara recurve campuran antarabangsa di Lapangan Memanah Fangshan, dekat sini.

Pada aksi final hari ini, Muhamad Zarif dengan gandingan Freywald Cynthia dari Jerman tewas 0-6 kepada pasangan emas Luis Gabriel (Filipina)/Li Jiaman dari China.

Pingat gangsa bagi acara tersebut menjadi milik gandingan Peters Eric (Kanada)/Tuokkola Mirjam (Finland) selepas mereka mengalahkan gandingan Martens Rick (Belgium)/Romero Regina (Guatemala) dengan mata 6-2.

Walaupun Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, namun ketua kontinjen Wong Pei Tty optimis atlet negara mampu membawa pulang sekurang-kurangnya tiga pingat.

Pingat emas pertama negara sebelum ini disumbang oleh pemain badminton Cheam June Wei dalam acara beregu campuran antarabangsa manakala pingat perak oleh penerjun wanita Loh Zhiayi dalam acara 10m platform individu.

Muhamad Zarif, 16, berkata beliau rasa bangga dan gembira dengan kejayaan tersebut kerana menjadi antara penyumbang pingat untuk negara.

"Pada awalnya saya tidak jangka dapat menang pingat kerana tidak berani meletakkan sebarang sasaran pingat di YOG 2014," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya beliau agak takut pada pusingan separuh akhir apabila mendapat tentang hebat daripada pasangan Martens Rick(Belgium)/Romero Regina (Guatemala) namun kembali mendapat keyakinan apabila mara ke final.

"Saya tidak mendapat tekanan bila beraksi di final kerana pingat sudah pasti akan menjadi milik Malaysia," katanya.

Muhamad Zarif berharap dapat mengekalkan momentum apabila beraksi daslam acara recurve individu lelaki, Selasa ini.

Sementara itu, Wong berkata beliau gembira dengan kejayaan tersebut namun masih menaruh harapan bahawa lebih banyak pingat lagi mampu dikutip oleh atlet negara.

"Pemburuan pingat negara masih belum selesai dan kita harap atlet negara terus berusaha untuk buktikan kemampuan mereka masing-masing,"katanya.

Daripada Ahmad Muliady Abdul Majid -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...