Skip to main content

FAM Sedia Cadang Guna Khidmat Pengadil Luar Musim Akan Datang

KUANTAN, 27 Okt (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia mengkaji cadangan untuk menggunakan khidmat pengadil dari luar negara bagi meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak negara.

Bagaimanapun Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah dalam masa yang sama juga cadangan yang akan dipertimbangkan itu tidak sesekali akan membelakangkan serta merendahkan pengadil sedia ada di negara ini.

"Kita perlu mengkaji secara mendalam perkara ini...pada musim akan datang insya-Allah. Saya akan buat kursus untuk pengadil-pengadil tempatan ini dalam masa yang terdekat dan akan membincangkan tentang perkara itu," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Bendera Pahang kepada pengamal media Pahang yang menyertai Ekspedisi ke Gunung Fansipan di Vietnam pada 4 hingga 11 Nov nanti.

Cadangan menggunakan pengadil dari luar negara sebelum ini pernah disuarakan oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor berikutan kecewa dengan mutu pengadilan yang ditunjukkan oleh pengadil dalam beberapa perlawanan melibatkan pasukan JDT.

Sementara itu mengulas tentang perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan menyaksikan pertembungan antara pasukan Pahang dan JDT, baginda meminta kedua-dua pasukan agar mempamerkan aksi perlawanan yang menarik dan berkualiti.

Titah baginda, lebih 10 juta rakyat di negara ini akan menyaksikan perlawanan kemuncak bola sepak negara itu dan pemain pasukan Tok Gajah dan Harimau Selatan perlu menunjukkan kualiti perlawanan yang terbaik untuk tidak mengecewakan peminat mereka.

"Dalam masa sama saya juga ingin mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan agar menjaga batasan dan jangan terlalu ghairah sehingga merosakkan barangan atau harta benda awam.

"Saya harap mereka akan lebih berdisiplin dan jangan susahkan pihak polis, pergi dan balik secara teratur dan senangkan pasukan keselamatan," titah baginda yang turut meminta supaya penyokong kedua-dua pasukan tidak membawa sebarang peralatan berbahaya ke dalam stadium.

Tengku Abdullah bertitah, baginda juga mengarahkan FAM dan pihak polis supaya mengadakan persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan akhir itu pada 1 Nov nanti termasuk kawalan trafik dan keselamatan.

Perlawanan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menyaksikan pertembungan dua pasukan gergasi bola sepak negara, Pahang dan JDT.

Pahang layak beraksi di peringkat akhir dengan kelebihan agregat 6-3 selepas menewaskan pasukan Kedah, manakala pasukan JDT pula mara dengan agregat 6-5 selepas menewaskan pasukan Felda United.

Menyentuh soal penjualan tiket pula, baginda bertitah pendekatan baharu perlu dilakukan oleh persatuan bola sepak negeri berhubung soal tersebut bagi mengelakkan penyokong bertumpu hanya pada satu tempat untuk membeli tiket.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...